Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pratonton 3 Model Honda Esok – X-ADV, African Twin dan CB1000R! (Sabar Naa…)
Auto Terkini

Pratonton 3 Model Honda Esok – X-ADV, African Twin dan CB1000R! (Sabar Naa…)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BOON Siew Honda (BSH) tahun lalu mengumumkan pembukaan pusat jualan dan servis motosikal besar, Honda BigWing. Ada empat cawangan dibuka di Malaysia tahun ini, bermula Honda BigWing Setapak, Kuala Lumpur yang bakal dilancarkan esok.

Lebih menarik, ada dua model Honda akan dipratonton kepada media pada majlis tersebut. Namun, menurut sumber risikan pula, bukan dua, tetapi tiga model! Menurut sumber itu lagi, model tersebut ialah skuter advencer X-ADV, Africa Twin dan CB1000R.

FOTO SPYSHOT X-ADV, AFRICA TWIN SUDAH TERSIAR

Kehadiran X-ADV sudah kami dedahkan 9 Januari lalu menerusi beberapa foto spyshot, dipercayai sedang diuji Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Kemudian kami dimaklumkan, BSH masih belum memutuskan masa pelancaran sebenar model itu. Khabarnya sekitar April atau Mei ini, dan bergantung tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Jadi maklumat sahih setakat ini ialah model tersebut akan ditayangkan esok. Cuma tarikh rasmi belum dipastikan dan perlu menunggu jawapan Naib Pengerusi dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda (BSH), Datuk Seri Wira Tan Hui Jing.

Malah, hujung bulan lalu kami turut mendedahkan foto spyshot Honda CRF1000L Africa Twin Adventure Sports (2018) yang kebetulan juga akan dilancarkan esok bersama X-ADV. Ya,nampaknya Africa Twin juga antara produk yang bakal dipratontonkan.  Sama eperti X-ADV, kami juga sedang bersiap sedia mahu bertanya bilakah model itu berada di pasaran secara rasmi.

CB1000R MUNCUL LEBIH AWAL

Siapa sangka jentera yang satu ini akan tiba awal di pasaran. Terlebih dahulu debut sempena Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2017 di Itali, CB1000R turut dikenali dengan Neo Sports Cafe dengan penampilan rupa depan gaya retro.

Jadi, maklumat tidak rasmi yang boleh disahkan setakat ini, ketiga-tiga model itu hampir pasti diperkenalkan tahun ini. Agak pelik jugalah kalau ditayang esok, tetapi pelancarannya tahun depan. Jadi kepada peminat tiga model berbeza segmen itu, anda boleh bersiap sedia pecah tabung!

Auto Terkini Boo BSH dua roda Honda Honda CB 1000R Honda CRF1000L Africa Twin Adventure Sports Honda X-ADV JPJ roda2 Spyshot
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    07/07/2026
    Roda2

    ZXMoto Lancar 820RR-R Di China Dengan Harga Lebih Mampu Milik

    07/07/2026
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC X Star Wars Kini Rasmi Dijual, Harga Mula RM135!

    07/07/2026
    Roda4

    Pikap Musso Kembali! KGM Motors UK Perkenal Musso Rhino dan Musso Rhino+

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC X Star Wars Kini Rasmi Dijual, Harga Mula RM135!

    By Syafie07/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.