Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Porsche Rancang Model Perdana Baharu Atas 911, Cayenne
Roda4

Porsche Rancang Model Perdana Baharu Atas 911, Cayenne

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam13/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Model konsep Porsche baru atas 911, Cayenne.

JENAMA supercar dari Jerman, Porsche merancang memperkenalkan beberapa model perdana baharu yang akan diposisi atas barisan model 911 dan Cayenne.

Perkara itu dibayangkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Porsche, Michael Leiters dalam sidang media tahunan pengeluar tersebut.

Langkah tersebut diambil ketika Porsche berdepan penurunan keuntungan operasi yang ketara tahun lalu. Justeru bagi memulihkan prestasi kewangan, Porsche kini menumpukan kepada model premium dengan margin keuntungan lebih tinggi.

Kami sedang menilai model dan derivatif baharu yang akan berada atas barisan model sport 2-pintu sedia ada dan Cayenne,” kata Leiters.

SUV Tiga Baris Tempat Duduk K1 Dijangka Model Perdana Baharu

Model yang bakal berada atas Cayenne dipercayai kenderaan utiliti sukan (SUV) tiga baris tempat duduk yang dikenali sebagai projek ‘K1’, yang pertama kali diumumkan Porsche pada 2022.

SUV itu dijangka menawarkan konfigurasi tiga baris tempat duduk dan akan hadir dalam pilihan enjin petrol dan hibrid plug-in (PHEV).

Asalnya, K1 dirancang sebagai model elektrik (EV) penuh, tetapi perubahan strategi pembangunan menyebabkan Porsche menambah pilihan trenkuasa konvensional.

Model tersebut dijangka dilancarkan sekitar hujung dekad ini, walaupun jadual asal pada 2027 mungkin berubah.

Pengganti 918 Spyder Mungkin Dibangunkan

Selain SUV baharu itu, Porsche juga dipercayai merancang model halo baharu yang akan berada atas barisan kereta sport 2-pintu. Model tersebut berpotensi menjadi pengganti kereta hiper 918 Spyder.

Beberapa petunjuk menunjukkan Porsche sedang menilai pelbagai teknologi enjin baharu, termasuk rekabentuk 6-lejang dan konsep enjin W18 tri‑turbo.

Walaupun teknologi tersebut masih belum disahkan untuk pengeluaran, ia memberi gambaran Porsche sedang meneroka pendekatan ekstrem bagi model prestasi tertinggi.

Jika direalisasi, model halo baharu itu bakal bersaing dengan kereta hiper generasi terkini daripada pesaing seperti Ferrari dan McLaren, sekali gus mengembalikan Porsche dalam segmen supercar paling eksklusif dunia.

SUMBER: CarAndDriver

Auto Terkini electric porsche hypercar hypercar porsche Porsche porsche 918 spyder Porsche concept Porsche Flagship Porsche K1 SUV Porsche
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 Untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    27/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

    26/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Autotainment

    Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman26/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.