Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Porsche Lancar Kempen ‘Pelajar Hari Ini, Pemandu Esok’ Bersama MAM
Auto Terkini

Porsche Lancar Kempen ‘Pelajar Hari Ini, Pemandu Esok’ Bersama MAM

SyafieBy Syafie08/04/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PORSCHE Malaysia dan Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) bekerjasama melaksanakan kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya di sekolah-sekolah yang bertujuan mendidik pelajar Malaysia mengenai kepentingan keselamatan jalan raya melalui bengkel keselamatan.

Inisiatif ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran untuk membuat keputusan yang bernas, serta membentuk tabiat positif di jalan raya untuk generasi akan datang.

Kempen ‘Pelajar Hari Ini, Pemandu Esok’ yang dilancarkan Porsche Malaysia dan MAM itu melibatkan lebih 1,600 peserta berusia antara 7 hingga 17 tahun.

Kempen dijalankan seluruh Malaysia itu juga bertujuan mendidik pemandu masa depan mengenai kepentingan keselamatan jalan raya. Kerjasama berkenaan bertujuan mengurangkan kemalangan yang disebabkan tabiat buruk di jalan raya, yang kini mencatatkan lebih 530,000 kes di Malaysia.

Keselamatan jalan raya kekal sebagai isu utama di Malaysia dan kemalangan yang berlaku bukan saja memberi kesan kepada individu terlibat, tetapi juga memberi impak kepada komuniti secara keseluruhan.

Melalui pendidikan keselamatan jalan raya di sekolah , Porsche Malaysia dan MAM berharap dapat memberi pelajar pengetahuan dan kemahiran diperlukan untuk membentuk masa depan lebih selamat di jalan raya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Auto Performance, Christopher Hunter berkata;

Sukan bermotor adalah sebahagian DNA kami, tetapi lebih daripada prestasi dan semangat, keselamatan jalan raya adalah aspek asas dalam pemanduan.”

“Kami berbangga bekerjasama dengan MAM untuk mendidik pemandu masa depan mengenai kepentingan keselamatan jalan raya.”

Presiden MAM, Tan Sri Mokhzani Tun Mahathir menambah;

Pendidikan adalah langkah pertama untuk mencipta pemandu bertanggungjawab. Dengan mendidik pelajar mengenai keselamatan jalan raya sejak usia muda, kita dapat menanamkan tabiat yang akan memastikan jalan raya lebih selamat untuk semua.”

“Kami berharap kerjasama ini bukan saja memberi impak kepada pelajar, tetapi juga mengilhamkan masyarakat untuk mengamalkan pemanduan lebih selamat.”

Sebagai sebahagian kerjasama itu, Porsche Malaysia dan MAM akan melaksanakan jelajah jalanan seluruh negara dengan mengunjungi sekolah terpilih untuk mendidik pelajar mengenai keselamatan jalan raya.

Jelajah jalanan tersebut merangkumi ceramah keselamatan jalan raya, kuiz interaktif, dan simulasi pemanduan yang membolehkan pelajar mengalami sendiri situasi di jalan raya dan mengaplikasikan apa dipelajari mereka.

Auto Terkini Kempen Keselamatan Jalan Raya Porsche Malaysia
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.