Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Porsche Cayenne S E-Hybrid 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM728k
Roda4

Porsche Cayenne S E-Hybrid 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM728k

SyafieBy Syafie11/04/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

WAKIL pengedar rasmi kenderaan Porsche di Malaysia, Sime Darby Auto Performance (SDAP) mengumumkan varian baharu kenderaan utiliti sukan (SUV), Porsche Cayenne S E-Hybrid Coupe 2025 untuk pasaran di Malaysia pada harga RM728,000.

Sejak pelancaran di Thailand, SUV sporty ini menjadi model kedua dipasang di Malaysia (CKD) dan juga model Porsche pertama dipasang untuk eksport serantau.

Porsche Cayenne S E-Hybrid Coupe 2025 hadir dengan ciri standard dipertingkat (facelift) dan rekabentuk baharu lebih sporty, serta trenkuasa hibrid lebih cekap yang menawarkan jarak pemanduan elektrik hingga 90km.

Berikut perincian Porsche Cayenne S E-Hybrid 2025:

Enjin dan Kuasa

  • Dijana enjin V6 turbo 3.0L dengan output kuasa 260kW (348hp) bersama gabungan motor elektrik yang memberikan output maksimum hingga 382kW (512hp).
  • Pecutan 0-100kmj mengambil masa 4.7 saat.
  • Kelajuan maksimum 263kmj.
  • Jarak elektrik mampu dipandu hingga 90km.

Suspensi dan Pengendalian

  • Menggunakan suspensi udara adaptif dengan Pengurusan Suspensi Aktif Porsche (Porsche Active Suspension Management, PASM) dan teknologi dwi-injap untuk prestasi dinamik dan keselesaan pemanduan lebih baik.

Rekabentuk Luaran dan Dalaman

  • Ada tiga warna plilihan: Carrara White Metallic (putih), Chromite Black Metallic (hitam), atau Dolomite Silver Metallic (perak, tiada kos tambahan).
  • Rim 20 inciCayenne S Design dalam warna Vesuvius Grey.
  • Lampu depan HD Matrix LED sebagai standard dengan lebih 32,000 piksel per lampu untuk penglihatan lebih baik.

  • Bahagian kabin dilengkapi stereng GT sport, sistem audio bunyi keliling BOSE, kerusi kulit dengan logo Porsche, dan kawalan penyaman udara empat zon.
  • Dilengkapi teknologi seperti Rear Seat Entertainment, konektiviti Apple CarPlay, Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), bantuan Parkir (Park Assist) dan paparan keliling Surround View.

Maklumat lanjut atau tempahan boleh hubungi Porsche Centre terdekat atau layari https://bit.ly/cayenne-s-e-hybrid-coupe.

Auto Terkini Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Porsche Cayenne S E-Hybrid Porsche Malaysia Roda4 SDAP SIME Darby Auto Performance SUV Sport
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    F1 2026 | GP Hungary
    Formula Satu

    #F12026: Norris Raih Kemenangan Sulung Musim 2026 di GP Hungary

    27/07/2026
    Porsche Cayenne Turbo Electric previu di Malaysia
    Roda4

    Porsche Cayenne Turbo Electric Tayang di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2 Juta!

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.