WAKIL pengedar rasmi kenderaan Porsche di Malaysia, Sime Darby Auto Performance (SDAP) mengumumkan varian baharu kenderaan utiliti sukan (SUV), Porsche Cayenne S E-Hybrid Coupe 2025 untuk pasaran di Malaysia pada harga RM728,000.
Sejak pelancaran di Thailand, SUV sporty ini menjadi model kedua dipasang di Malaysia (CKD) dan juga model Porsche pertama dipasang untuk eksport serantau.
Porsche Cayenne S E-Hybrid Coupe 2025 hadir dengan ciri standard dipertingkat (facelift) dan rekabentuk baharu lebih sporty, serta trenkuasa hibrid lebih cekap yang menawarkan jarak pemanduan elektrik hingga 90km.
Berikut perincian Porsche Cayenne S E-Hybrid 2025:
Enjin dan Kuasa
- Dijana enjin V6 turbo 3.0L dengan output kuasa 260kW (348hp) bersama gabungan motor elektrik yang memberikan output maksimum hingga 382kW (512hp).
- Pecutan 0-100kmj mengambil masa 4.7 saat.
- Kelajuan maksimum 263kmj.
- Jarak elektrik mampu dipandu hingga 90km.
Suspensi dan Pengendalian
- Menggunakan suspensi udara adaptif dengan Pengurusan Suspensi Aktif Porsche (Porsche Active Suspension Management, PASM) dan teknologi dwi-injap untuk prestasi dinamik dan keselesaan pemanduan lebih baik.
Rekabentuk Luaran dan Dalaman
- Ada tiga warna plilihan: Carrara White Metallic (putih), Chromite Black Metallic (hitam), atau Dolomite Silver Metallic (perak, tiada kos tambahan).
- Rim 20 inciCayenne S Design dalam warna Vesuvius Grey.
- Lampu depan HD Matrix LED sebagai standard dengan lebih 32,000 piksel per lampu untuk penglihatan lebih baik.
- Bahagian kabin dilengkapi stereng GT sport, sistem audio bunyi keliling BOSE, kerusi kulit dengan logo Porsche, dan kawalan penyaman udara empat zon.
- Dilengkapi teknologi seperti Rear Seat Entertainment, konektiviti Apple CarPlay, Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), bantuan Parkir (Park Assist) dan paparan keliling Surround View.
Maklumat lanjut atau tempahan boleh hubungi Porsche Centre terdekat atau layari https://bit.ly/cayenne-s-e-hybrid-coupe.
Leave a Reply