Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Polis UK Tenang Walaupun Dikecam Guna Peranti ‘Stinger’ Halang Pemandu, Penunggang Degil
Auto Terkini

Polis UK Tenang Walaupun Dikecam Guna Peranti ‘Stinger’ Halang Pemandu, Penunggang Degil

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BAYANGKAN situasi sama dilakukan polis Malaysia dalam operasi membanteras aktiviti lumba haram motosikal atau kereta, mungkin ramai dapat ditangkap. Jadi, tiadalah lagi kita terbaca insiden kejar mengejar, baling kon, pihak berkuasa kena rempuh  atau suspek menyorok di sebalik pokok berlaku.

Bagaimanapun, setiap pendekatan tetap ada pro dan kontra. Paling pasti sudah tentu kecaman netizen dan inilah yang menimpa seorang anggota polis Essex, di timur England berikutan video dia menggunakan perangkap paku, dipanggil ‘stinger’, untuk menghentikan motosikal besar tular di media sosial.

BACA >>> Britain Kaji Semula Undang-Undang Lindungi Polis Banteras Penjenayah Moped

Polis itu turut dilemparkan kata kesat daripada dua penunggang lain yang mendakwa tindakan anggota beruniform itu boleh membahayakan nyawa mereka. Bagaimanapun, Ketua Superitendan, Rachel Nolan mempertahankan kaedah penggunaan stinger yang menurutnya berkesan menghentikan tingkah laku penunggang atau pemandu yang membahayakan orang lain.

Menerusi video dipaparkan dalam laman Facebook rasmi Polis Essex, Nolan menjelaskan tindakan itu sebahagian bentuk pertahanan dan dua penunggang terlibat didakwa menunggang secara berbahaya yang menyebabkan motosikal mereka dirampas.

“Stinger itu sudah diuji dan selamat digunakan untuk motosikal.

“Ramai turut serta perhimpunan acara motosikal Southend Shakedown. Kami tidak mahu insiden di Essex lalu berulang kerana aksi berbahaya itu meletakkan orang ramai dalam risiko,” kata Nolan.

Inilah sebab kenapa pihak polis menggunakan stinger apabila arahan berhenti untuk memberikan laluan kepada kanak-kanak melintas tidak dipatuhi.

STINGER HALANG PEMANDU, PENUNGGANG DEGIL

Stinger ialah peranti berupa jalur berpaku yang digunakan untuk menghalang atau menghentikan pergerakan kenderaan dengan menangkis tayar mereka. Secara am, jalur itu mempunyai logam panjang, paku atau gigi bersaiz 35mm-75 mm.

BACA >>> Turkmenistan Haramkan Kereta Hitam, Siapa Degil Kena Tunda ke Balai Polis

Tujuannya ialah memancitkan tayar kenderaan yang melintasi jalur paku tersebut. Stinger boleh saja datang dalam bentuk solid atau berongga. Stinger versi berongga akan terbenam dengan tayar yang menyebabkan udara keluar pada kadar stabil bagi mengurangkan risiko pemandu hilang kawalan.

GALERI

SUMBER: MCN

Auto Terkini Essex jalur berpaku motorsikal peranti polis Rachel Nolan Stinger
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.