Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
Auto Terkini

Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/03/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DUA pekerja bengkel baik pulih kenderaan ditahan kerana dipercayai terbabit kes samun dua premis perniagaan sekitar Parit Sulong di Johor. Kedua-dua suspek ditangkap kira-kira enam jam selepas jenayah berlaku.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, suspek masing-masing berumur 26 dan 29 tahun. Ujian saringan air kencing mendapati masing-masing positif dadah jenis metamfetamin dan benzodiazepin.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?
BACA >>> Pemandu Myvi Mengaku Imam Mahdi Positif Dadah

Ismail berkata, polis turut menemui wang tunai RM3,025 bersama parang dan sabit serta beberapa telefon bimbit, dipercayai hasil samun di dua premis tersebut.

Beliau dipetik BHarian berkata;

Semalam (malam Sabtu), tular satu rakaman video di media sosial yang memaparkan dua lelaki memakai helmet dan bersenjata parang dipercayai melakukan samun di Parit Sulong.

“Pada jam lebih kurang 11.30 malam, pihak polis Parit Sulong menerima satu laporan daripada mangsa, iaitu seorang pemilik kedai snuker menyatakan dia disamun dua lelaki tidak dikenali pada jam lebih kurang 9 malam.

“Hari ini (Ahad) lebih kurang 2.30 pagi, satu lagi laporan polis diterima daripada pemilik kedai menjual telefon bimbit dan peralatan komunikasi menyatakan kedainya disamun pada jam lebih kurang 9.30 malam.

“Bertindak atas makluman awam pada jam lebih kurang 3 pagi, dua lelaki warga tempatan berusia 26 dan 29 tahun berjaya ditangkap di kawasan Parit Sulong.”

Salah seorang suspek memiliki rekod jenayah lampau. Kedua-dua suspek direman lima hari hingga Khamis ini (esok). Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara hingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Ismail berkata;

Sepasukan polis menjalankan siasatan di kedua-dua tempat kejadian dan mendapati seorang pekerja cedera ringan akibat dipukul di kepala oleh salah seorang suspek dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

“Kedua-dua pemilik kedai mengalami kerugian wang tunai selain beberapa telefon bimbit dan peralatan dalam premis turut dirosakkan suspek.”

BACA >>> #PanduUji: Nissan Navara Pro-4X (2021), Muka Garang, Selesa Macam Kereta
BACA >>> Pelanggan Samun, Tikam Pemandu e-Hailing Sudah Kena Tahan!

autoterkini benzodiazepin Ismail Dollah methamphetamine Samun Bersenjata
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    25/06/2026
    Mazda Flair Crossover XS
    Auto Terkini

    Mazda Flair Crossover 2026 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

    25/06/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

    25/06/2026
    Auto Terkini

    Etnik Rohingya Tidak Layak Miliki Lesen Memandu Malaysia

    25/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.