Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Polis Rampas 468kg Syabu Bernilai RM15 Juta di LPT1
Auto Terkini

Polis Rampas 468kg Syabu Bernilai RM15 Juta di LPT1

SyafieBy Syafie18/04/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


POLIS merampas 468 kilogram syabu dianggarkan bernilai hampir RM15 juta yang ditinggalkan dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di tepi Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), berhampiran susur keluar Plaza Tol Kuantan.

Rampasan dibuat selepas pemandu kenderaan itu melarikan diri dan memandu melawan arus apabila menyedari kehadiran polis yang membuat sekatan di R&R Gambang, kira-kira jam 1 tengah hari Selasa lalu.

Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, polis menerima maklumat tentang sebuah kenderaan mencurigakan yang memandu melawan arus dari arah Kuantan ke Kuala Lumpur. Kenderaan itu kemudian ditemui ditinggalkan di Kilometer 211 LPT1, kira-kira 18 kilometer dari lokasi sekatan.

Pemeriksaan mendapati tiada individu di dalam kenderaan yang berkunci itu. Polis menemui tujuh plastik hitam berisi bungkusan bertulis “chinese pin wei” yang mengandungi syabu di ruang barangan. Setelah memecahkan cermin tingkap depan untuk pemeriksaan lanjut, 15 lagi plastik berisi syabu ditemui.

Pihak polis telah mengenal pasti pemilik kenderaan dan siasatan diteruskan. Polis tidak menolak kemungkinan dadah tersebut dihantar ke Lembah Klang oleh individu yang diupah sebagai penghantar.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau rakaman dashcam berkaitan insiden kenderaan melawan arus di LPT1 diminta tampil membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

SUMBER: BuletinTV3

Auto Terkini Dadah Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) Polis Pahang Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.