• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Rampas 468kg Syabu Bernilai RM15 Juta di LPT1

Polis Rampas 468kg Syabu Bernilai RM15 Juta di LPT1

April 18, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


POLIS merampas 468 kilogram syabu dianggarkan bernilai hampir RM15 juta yang ditinggalkan dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di tepi Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), berhampiran susur keluar Plaza Tol Kuantan.

Rampasan dibuat selepas pemandu kenderaan itu melarikan diri dan memandu melawan arus apabila menyedari kehadiran polis yang membuat sekatan di R&R Gambang, kira-kira jam 1 tengah hari Selasa lalu.

Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, polis menerima maklumat tentang sebuah kenderaan mencurigakan yang memandu melawan arus dari arah Kuantan ke Kuala Lumpur. Kenderaan itu kemudian ditemui ditinggalkan di Kilometer 211 LPT1, kira-kira 18 kilometer dari lokasi sekatan.

Pemeriksaan mendapati tiada individu di dalam kenderaan yang berkunci itu. Polis menemui tujuh plastik hitam berisi bungkusan bertulis "chinese pin wei" yang mengandungi syabu di ruang barangan. Setelah memecahkan cermin tingkap depan untuk pemeriksaan lanjut, 15 lagi plastik berisi syabu ditemui.

Pihak polis telah mengenal pasti pemilik kenderaan dan siasatan diteruskan. Polis tidak menolak kemungkinan dadah tersebut dihantar ke Lembah Klang oleh individu yang diupah sebagai penghantar.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau rakaman dashcam berkaitan insiden kenderaan melawan arus di LPT1 diminta tampil membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

SUMBER: BuletinTV3

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Dadah, Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), Polis Pahang, Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev