Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Polis Pulau Pinang Sita 76 Motosikal dalam Ops Samseng Jalanan
Auto Terkini

Polis Pulau Pinang Sita 76 Motosikal dalam Ops Samseng Jalanan

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize21/08/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBANYAK 76 motosikal disita Polis Pulau Pinang melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Pulau Pinang dalam Ops Samseng Jalanan di kawasan hotspot dalam daerah Timur Laut dan Barat Daya bahagian Pulau, termasuk Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah(SPT) di Tanah Besar.

Kenyataan Polis Pulau Pinang dalam laman Facebook memaklumkan operasi dijalankan itu bermula jam 11 malam, pada Jumaat lalu hingga 6 pagi Sabtu dengan melibatkan tujuh pegawai dan 64 anggota JSPT  Kontinjen Pulau Pinang yang mana 50 unit motosikal disita.

Motosikal berkenaan disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan(APJ) 1987 dan menahan empat lelaki kerana berlumba atau menunggang motosikal secara berbahaya dengan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) APJ 1987,” kata kenyataan PDRM Pulau Pinang.

Selain itu, polis turut menahan seorang lagi lelaki di bawah Seksyen 108 APJ 1987 kerana menggunakan nombor pendaftaraan palsu dan 230 saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.

Ketua Polis Daerah SPT, ACP Tan Cheng San berkata, pihaknya turut mengadakan operasi sama di Jalan Guar Jering, Kampung Terus di  Guar Perahu berikutan aduan kegiatan merempit dalam kalangan remaja yang mengganggu ketenteraman penduduk sekitar.

Menurutnya, dalam operasi bermula jam 5 petang dan tamat dua jam kemudian itu, polis menyita 26 motosikal dan mengeluarkan 67 saman atas pelbagai kesalahan trafik.

Operasi tersebut akan giat diteruskan bagi membendung aktiviti berkenaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada Bilik Gerakan IPD SPT di talian 04-530-6402.

BACA >>> Pulau Pinang Bakal Ada LRT Bawah Tanah, Laut
BACA >>> JPJ Pulau Pinang Gegar Kedai Nombor Plat, Sekolahkan Pemilik, Pelanggan

SUMBER: Bernama

Auto Terkini Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) pulau pinang Lumba Haram mat rempit motosikal Ops Samseng Jalanan PDRM Pulau Pinang sita
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.