Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Platform Baharu Hyundai Sonata Janjikan Fleksibiliti, Cekap dan Lebih Kuat
Roda4

Platform Baharu Hyundai Sonata Janjikan Fleksibiliti, Cekap dan Lebih Kuat

Han OthmanBy Han Othman19/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HYUNDAI Motor mendakwa Hyundai Sonata generasi baharu dibangunkan berasaskan platform kenderaan generasi ketiga yang dijangka berada di pasaran global bulan ini.

Platform baharu itu akan menambah baik daya saing Sonata baharu dan menjadikan model masa depan lebih fleksibiliti untuk pembangunan, sekali gus meningkatkan aspek rekabentuk, keselamatan, kecekapan, kuasa dan prestasi pemanduan secara keseluruhan.

BACA >>> Hyundai Sonata (2020) Tunjuk Muka dengan Rekabentuk Radikal dan Dramatik

Platform Sonata generasi baharu ini memberikan lebih penjimatan bahan api menerusi berat badan lebih ringan, manakala fizikal jentera juga diperkuat. Dibina berasaskan kelebihan asas platform terdahulu, Hyundai menerusi Sonata baharu dapat menghasilkan rekabentuk yang stabil dengan pusat graviti rendah, termasuk menerapkan elemen rekabentuk bergaya dan sporty.

PENAMBAHBAIKAN SIGNIFIKAN

Platform ini juga memberikan penambahbaikan signifikan dari segi keselamatan perlanggaran dengan struktur jalur multibeban, stamping panas, dan plat logam ketegangan super tinggi. Struktur sofistikated ini juga meningkatkan tenaga yang diserap kenderaan ketika berlanggar, menambah baik keselamatan dengan meminimumkan impak rempuhan ke atas kabin penumpang.

Ketika perlanggaran kecil, tayar akan ditolak keluar untuk memaksimumkan keselamatan pengguna. Teknologi digunakan juga mampu menghalang kenderaan daripada berpusing selain mengelak kemungkinan rempuhan sekunder.  Aplikasi stamping panas pula bertindak melindungi kabin daripada remuk.

BACA >>> Hyundai Sonata Hybrid dan Plug-In Hybrid (2018) Lebih Jimat, Lebih Kilometer

Sonata serba baharu itu, yang dibina berasaskan platfom baharu, turut dipertingkatkan kuasa dan prestasi pemanduan. Ia juga dibangunkan dengan kesediaan untuk dipasangkan enjin generasi baharu Hyundai, dipanggil ‘Smartstream Powertrain’.

LEBIH STABIL, LEBIH TANGKAS

Menampilkan sistem yang mengawal aliran udara, platfom baharu Hyundai ini menambah baik pergerakan udara kepada ruang enjin dan melesapkan kepanasan, serta meningkatkan kestabilan pada bahagian bawah kenderaan, termasuk meminimumkan rintangan udara untuk memberikan kecekapan dan prestasi kuasa terbaik

Kestabilan dipertingkat dengan merendahkan posisi kelengkapan berat dalam platform, yang secara langsung mengurangkan berat dan merendahkan pusat graviti (CoG). Sebagai tambahan, ia memberikan pengendalian tangkas dengan menguatkan bahagian sisi dan menempatkan stereng lebih dekat dengan pusat roda.

Teknologi pengoptimuman tayar pula memberikan kestabilan dan prestasi pemanduan seimbang. Pengurangan bunti turut ditambah baik dengan meningkatkan prestasi NVH (bising, getar dan kasar) menerusi sistem redam bunyi diperkuat untuk bahagian sensitif yang bergegar.

BACA >>> #PanduUji: 7 Perkara Anda Patut Tahu Mengenai Hyundai Sonata (2015)

Naib Presiden Kumpulan Arkitektur Hyundai Motor Company, Fayez Abdul Rahman berkata, Sonata generasi baharu bakal memberikan nilai kelas dunia dalam prestasi kenderaan secara keseluruhan.

“Dimulakan dengan Sonata baharu, Hyundai akan beransur-ansur meluaskan penggunaan platform baharu dalam usaha memberikan keseronokan pemanduan dan keselesaan buat pelanggan,” katanya.

Fayez Abdul Rahman hyundai Hyundai Motor Hyundai Motor Company Hyundai Sonata (2020) Platform Hyundai Sonata Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Mercedes-AMG A45 S Final Edition
Roda4

Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

28/07/2026
Suzuki meterai MoU FLUX |
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

28/07/2026
Porsche Cayenne Turbo Electric previu di Malaysia
Roda4

Porsche Cayenne Turbo Electric Tayang di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2 Juta!

28/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.