Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Hyundai Sonata (2020) Tunjuk Muka dengan Rekabentuk Radikal dan Dramatik
Roda4

Hyundai Sonata (2020) Tunjuk Muka dengan Rekabentuk Radikal dan Dramatik

Han OthmanBy Han Othman07/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HYUNDAI Sonata (2020) melakukan debut rasmi minggu ini dengan menampilkan rupa baharu radikal yang diilhamkan berasaskan model konsep Le Fil Rouge. Menurut Hyundai, rekabentuk Sonata (2020) baharu kali ini mengetengahkan falsafah rekabentuk baharu, dipanggil ‘Sensuous Sportiness’, dengan overhang depan yang pendek, dan bahagian belakang melunjur seakan bumbung coupe serta lid belakang rendah.

Dimensi Sonata (2020) ialah 30mm lebih rendah berbanding model generasi ke-6 sedia ada, 25mm lebih lebar dan 45mm lebih panjang. Profil lebar pula diserlahkan menerusi rekabentuk lampu LED horizontal yang melintang sepanjang pintu but dan gril depan bertindih, juga direka horizontal yang terbahagi kepada beberasa seksyen dan dipisahkan trim krom.

BACA >>> Hyundai Sonata Hybrid dan Plug-In Hybrid (2018) Lebih Jimat, Lebih Kilometer

LAMPU SIANG YANG DRAMATIK

Namun, bahagian Sonata (2020) paling dramatik ialah rekaan lampu siang (DRL) yang dibenamkan dalam bonet dan nampak sebati seperti sebahagian badan kereta serta dihubungkan bersama trim krom yang melingkar sepanjang bonet dan frem tingkat.

Dipanggil ‘Hidden Lighting Lamps’ (Lampu Cahaya Tersembunyi), Hyundai mendakwa lampu siang itu akan nampak seperti material krom apabila dipadamkan dan bertukar menjadi cahaya penuh dramatik apabila dihidupkan.

Lampu belakang pula pantas mengingatkan kita kepada Honda Civic FK8. Suratan atau kebetulan?

Bagaimanapun, ruang dalaman direka semula sepenuhnya dengan rekabentuk papan pemuka horizontal untuk memberikan imej kabin yang lebih ringan dan slik. Menurut Hyundai lagi, pasukan pereka juga cuba menghilangkan kehadiran skrin besar yang mendominasi ruang dalaman kereta, dengan memasang dua skrin kecil untuk panel meter digital dan konsol tengah supaya tidak terlalu menjolok mata.

BACA >>> Hyundai Bakal Hasilkan Beg Udara Boleh Mengembung Banyak Kali, Pertama di Dunia

Masih tiada perincian mengenai trenkuasa, harga dan bilakah masa Hyundai (2020) akan berada di pasaran. Mungkin semua maklumat itu akan didedahkan tidak lama lagi.

SUMBER: AutoGuide

hyundai Hyundai Sonata (2020) Le Fil Rouge Roda4 sedan segmen-D Segmen D Sensuous Sportiness
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

22/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

#KLIMS2026: Zeekr 009 Grand – MPV EV Ultra Mewah, Harga Anggaran RM600K

18/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Honda Prelude Baharu Akhirnya Di Malaysia – Casis Type R, Harga RM278,000

18/06/2026
Auto Terkini

Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

17/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

By Syafie15/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

By Syafie15/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.