Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»PKPP: Masjid, Surau Seluruh WP Buka Esok, Jumlah Jemaah Cuma 1/3 Had Dewan Solat
Auto Terkini

PKPP: Masjid, Surau Seluruh WP Buka Esok, Jumlah Jemaah Cuma 1/3 Had Dewan Solat

Han OthmanBy Han Othman11/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMUA masjid, surau Jumaat dan surau dalam Zon Hijau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan dibenarkan dibuka untuk Solat Jumaat dan solat berjemaah bermula 12 Jun ini (esok)

Keputusan baharu itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Menurutnya, walaupun dibuka, jumlah jemaah yang dibenarkan masuk adalah 1/3 orang saja daripada had kapasiti dewan solat utama berdasarkan Garis Panduan Perluasan Kapasiti Solat Jumaat dan Solat Berjemaah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Wilayah Persekutuan, yang turut mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sebagai contoh, jika sebuah dewan solat mampu memuatkan 3,000 orang jemaah pada satu-satu masa, maka bilangan yang dibenarkan adalah 1,000 orang buat masa ini.

“Jawatankuasa kariah masjid, surau Jumaat dan surau boleh melantik sukarelawan dalam kalangan jemaah bagi membantu kawalan sebelum dan selepas solat,” katanya.

Zulkifli berkata, sistem penggiliran atau apa cara yang sesuai pada hemat jawatankuasa kariah masjid, surau Jumaat dan surau boleh dilaksanakan bagi memberi peluang kepada anak kariah lain hadir.

Jumlah kapasiti akan ditambah secara berperingkat dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Selain lelaki, jemaah wanita juga boleh kembali menunaikan solat jemaah di masjid dan surau di Wilayah Persekutuan.

“Saya maklum jauh di sudut hati wanita-wanita di luar sana, teringin untuk kembali beribadah di rumah Allah SWT. Berita gembira buat semua Muslimah di Wilayah Persekutuan, anda juga dibenarkan untuk ke masjid, surau Jumaat dan surau dengan syarat bersama mahram anda,” katanya lagi.

BACA >>> PKPP: Bas Ekspres Boleh Bawa Penumpang Penuh, Operasi Tanpa Had Masa

TIADA HAD UMUR WARGA EMAS, RUANG KHAS UNTUK MUSAFIR, PEKERJA E-HAILING

Sementara itu, tiada had umur ditetapkan bagi golongan warga emas yang mahu ke masjid asalkan sihat, manakala kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, jemaah bergejala dan menghidap penyakit kronik tidak dibenarkan hadir buat masa ini.

Masjid turut dibuka di ruang tertentu kepada mereka yang mahu singgah solat seperti musafir, pemandu dan pekerja e-hailing.

BACA >>> PKPP: Bas Ekspres Boleh Bawa Penumpang Penuh, Operasi Tanpa Had Masa
BACA>>> PKPP: Semua UTC Seluruh Negara Mula Operasi 15 Jun Ini

SUMBER: AstroAwani

Auto Terkini Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri Masjid WP Dibuka Semula 12 Jun 2020 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) PKPP
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Auto Terkini

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

20/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
LaLaport Transportation Hub (LTH)
Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

20/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.