Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»PKPB: Perak Benarkan Solat Jumaat dan Aidilfitri, Tapi Tidak Lebih 12 Orang
Auto Terkini

PKPB: Perak Benarkan Solat Jumaat dan Aidilfitri, Tapi Tidak Lebih 12 Orang

Han OthmanBy Han Othman14/05/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SULTAN Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan kebenaran solat Jumaat diadakan di masjid dan surau diri Jumaat bermula esok selepas mendapat pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Shahrul Azam Shaari berkata, baginda turut memberi perkenan untuk solat sunat Aidilfitri diadakan di masjid dan surau pada pagi 1 Syawal.

Bagaimanapun, kebenaran itu tertakluk kepada beberapa syarat iaitu bilangan jemaah tidak lebih 12 orang, termasuk imam dan khatib. Shahrul Azam berkata;

Masjid dan surau bagaimanapun masih tidak dibuka kepada orang awam. Pengerusi jawatankuasa kariah hendaklah mengenal pasti dan menetapkan bahawa jemaah yang dibenarkan hadir terbatas kepada kalangan ahli jawatankuasa kariah dan pegawai masjid/surau.

“Individu yang berusia lebih 60 tahun tidak digalakkan hadir berjemaah. Mereka yang mempunyai gejala seperti demam, sesak nafas, sakit tekak dan selesema, sejarah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, lelah, barah dan sebagainya tidak dibenarkan hadir.”

Menurutnya lagi, setiap jemaah diwajibkan:

  • Buat pemeriksaan suhu badan
  • Gunakan sanitasi tangan
  • Merekodkan kehadiran dalam buku kehadiran
  • Ambil wuduk sebelum datang ke masjid atau surau
  • Bawa sejadah sendiri

Shahrul Azam berkata, jawatankuasa kariah masjid dan surau diri Jumaat dibenarkan menggunakan pembesar suara luar ketika membaca teks khutbah dan takbir untuk manfaat ahli kariah sekitar rumah ibadat tersebut.

Syarat lain, tempoh masa bermula azan, khutbah hingga selesai solat Jumaat, termasuk tempoh mula bertakbir hingga selesai khutbah solat sunat Aidilfitri dalam masjid dan surau dihadkan tidak lebih 20 minit.

Teks khutbah solat Jumaat dan solat sunat Aidilfitri disediakan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) juga hendaklah ringkas dan padat dengan masa penyampaian tidak lebih 10 minit. Penyusunan saf dan kedudukan hendaklah mematuhi prosedur ditetapkan Kementerian Kesihatan, dan jemaah hendaklah bersurai serta tidak mengadakan sebarang jamuan makan minum di masjid/surau selepas selesai solat.

BACA >>> Ramalan Tepat, Tempoh PKPB Lanjut Sampai 9 Jun!
BACA >>> PKPB: Rapid KL Pertingkat SOP, Hadkan Penumpang dan Tambah Kekerapan Tren

SUMBER: Bernama

Auto Terkini Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) PKPB Shahrul Azam Shaari Solat Aidilfitri Solat Jumaat Sultan Nazrin Shah Sultan Perak
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

26/07/2026
Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.