Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»PKP 2.0: Sekolah Memandu Boleh Operasi Mula Esok, Termasuk Pusat Latihan Penerbangan
Auto Terkini

PKP 2.0: Sekolah Memandu Boleh Operasi Mula Esok, Termasuk Pusat Latihan Penerbangan

Han OthmanBy Han Othman11/02/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERAJAAN hari ini membenarkan operasi institut memandu dan pusat latihan penerbangan bermula esok dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dalam usaha memulihkan sektor ekonomi terjejas.

Keputusan terbaharu itu diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi membabitkan perkhidmatan latihan pemanduan, kurikulum pendidikan pemandu (KPP) 01, 02 dan 03, perkhidmatan praujian pemanduan, perkhidmatan ujian teori dan praktikal litar serta jalan raya.

BACA >>> PKP 2.0: Institut Memandu Rayu Kerajaan Benarkan Operasi

Waktu operasi institut memandu dibenarkan bermula jam 7.30 pagi hingga 8.30 malam. Pengajar dan calon wajib memakai pelitup muka sepanjang masa dalam kenderaan, tidak boleh menunggu dan hanya calon untuk slot latihan atau ujian sahaja dibenarkan berada di premis institut memandu pada satu-satu masa.

Mengenai operasi pusat latihan penerbangan, kebenaran diberikan membabitkan pentadbiran di Approved Training Organization (ATO), termasuk Type Rating Training Organization (TRTO), Flying Training Organization (FTO), Flying Club – Instruction in Flying (FC-IIF).

Pentadbiran latihan berulang yang mandatori bagi menampung operasi penerbangan awam dibenarkan untuk juruterbang, jurutera penerbangan, pengawal trafik udara, kru kabin, kakitangan sekuriti dan pengendali bahan berbahaya.

SOP ditetapkan pula, pelatih di ATO perlu terus kekal berada di situ dan perlu mendapatkan surat kebenaran pergerakan rentas negeri atau daerah untuk pergerakan ke ATO atau dari ATO.

Pergerakan pelatih dari Semenanjung atau ke Semenanjung, Sabah dan Sarawak tertakluk garis panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri, manakala semua kemasukan pelatih baharu ke ATO tertakluk kelulusan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). Pengajaran dan pembelajaran (PdP) dilaksanakan secara hibrid, iaitu secara bersemuka dan atas talian bagi pelatih di ATO dan kediaman sendiri.

Semua aktiviti latihan penerbangan boleh dilaksanakan selaras Garis Panduan Pengurusan Operasi CAAM dan ATO.

Menurut Ismail Sabri, kebenaran beroperasi untuk dua sektor itu diputuskan selepas pihaknya mendengar pembentangan yang dibuat Kementerian Pengangkutan.

BACA >>> KleinVision AiCar – Kereta Sport Terbang dari Slovakia yang Mampu Kembara 1,000km

Covid-19 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Insititut Memandu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) PKP 2.0 Pusat Latihan Penerbangan Sekolah Memandu
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Youtuber Bangladesh Maut, Pegawai Tentera Pandu Mabuk Di MEX

24/04/2026
Auto Terkini

Hyundai Staria Electric dan Limousine 2026 Lancar di Korea, Dalaman Dengan Kerusi Kapten!

23/04/2026
Roda4

Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

24/04/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Sedan 2026 Diperkenal, Badan Kekal Berkotak, Lampu Sinis

23/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

By Shazwan Hisam24/04/2026
Honda CBR150R Stealth Edition 2026
Roda2

BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

By Shazwan Hisam17/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Helmet YOHE lancar di Malaysia
Aksesori

YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

By Syafie21/04/2026
Roda2

Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

By Syafie14/04/2026
Nissan Sakura 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

By Abang Hirata13/04/2026
Morbidelli F252 2026
Roda2

Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
Jetour T2 RHD
Auto Terkini

Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

By Syafie17/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.