Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Petron Taja Siri Akhir Lumba Off-Road Dunia – Rainforest Challenge 2018 di Malaysia
Auto Terkini

Petron Taja Siri Akhir Lumba Off-Road Dunia – Rainforest Challenge 2018 di Malaysia

Han OthmanBy Han Othman10/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PETRON kembali lagi sebagai penaja minyak dan minyak enjin rasmi kepada salah satu daripada 10 acara off-road paling sukar di dunia, acara kemuncak Rainforest Challenge (RFC) di Malaysia.

Petron membekalkan minyak kepada lebih 150 kenderaan pacuan empat roda (4×4), disertai 300 peminat off-road daripada 30 negara yang berentap dalam hutan hujan tropika Malaysia bermula 24 November lalu.

Ketua Jabatan Dagangan Runcit Petron Malaysia, Choong Kum Choy berkata, Petron berbangga menjadi rakan kongsi liga sukan permotoran ekstrem 4×4 itu sebagai penaja minyak rasmi buat tahun ketiga.

BACA >>> Petron Blaze 95 Memang Terbukti Jimat Minyak, Kami Sudah Uji!!!

“RFC semestinya melahirkan semangat kesukanan terbaik daripada semua peserta. Tahun ini, kami memperkenalkan minyak enjin Petron Rev-X Engine Oil bagi melengkapkan Turbo Diesel Euro 5 dalam perlumbaan legenda ini untuk prestasi dan pembersihan enjin terbaik.

“Penajaan ini menunjukkan keunggulan produk kami yang terbukti sebagai minyak terbaik untuk perlumbaan mencabar, termasuk perlumbaan off-road dan kegunaan pemanduan harian,” katanya

Menurut Kum Choy, RFC teruja dengan penyertaan Petron sebagai penaja minyak dan minyak enjin rasmi yang diperlukan untuk menghadapi perlumbaan sukar pada musim tengkujuh. Ini kerana permukaan rupa bumi basah memerlukan satu produk tahan lasak bagi memastikan setiap aksi perlumbaan berjalan lancar.

Pengasas dan Pengurus/Pengasas RFC, dan Siri Global RFC, Luis J.A. Wee berkata, pepatah berbunyi, ‘apabila berdepan kesukaran hidup ataupun masa sukar, seseorang itu perlu bertahan, kuatkan semangat dan mengharungi saat itu dengan berani’, ialah contoh yang sangat bersesuaian dengan produk Petron yang digunakan sepanjang RFC.

“Tahun ini, kami melalui sektor off-road terpanjang dalam musim tengkujuh, tetapi kami yakin minyak enjin Petron berjaya menamatkan perlumbaan ini,” katanya.

BERPRESTASI, JIMAT

Petron Turbo Diesel Euro 5 dirumuskan untuk meningkatkan prestasi enjin, memastikan ekonomi bahan api lebih baik, dan memanjangkan hayat enjin. Ia mengandungi kandungan sulfur lebih rendah iaitu 10 bahagian per juta dan 50 kali lebih bersih daripada diesel Euro 2M, sekali gus mengurangkan pelepasan emisi dan menahan haba melampau yang ada pada sistem suntikan bahan ap hari ini.

Minyak enjin Petron Rev-X melindungi enjin dengan Dynamic Cleaning Technology (DC Tech) untuk memastikan enjin bersih sebagai perlindungan yang lebih baik dengan operasi lebih lancar.

RFC Malaysia, ialah acara kemuncak perlumbaan off-road 4×4 yang juga acara terakhir dalam Siri RFC Global (RFCGS), iaitu siri perlumbaan off-road peringkat  dunia membabitkan 22 negara dengan 45 acara. Tahun ini, peserta akan melalui Kota Bharu, Tanah Merah, Kuala Krai dan kemudian berakhir di Gua Musang.

3 PERINGKAT PERLUMBAAN

Peringkat-peringkat perlumbaan dinamakan zon Predator, Terminator dan Twilight, melibatkan curam tinggi, menyeberangi jambatan sempit, paya tropika, mengharungi kolam berlumpur dan meneroka sungai besar di Bering.

Acara bermula 24 November di Dataran Redha, Kota Lama Kota Bharu, dengan konvoi diiringi kereta polis tempatan ke tapak perkhemahan di Tumpat Pantai Sri Tujuh untuk bermalam semalaman. Peserta kemudian mengisi minyak di stesen minyak Petron di Belimbing, Tanah Merah sebelum memasuki pit stop cabaran di Air Naga, Gua Harimau dan Bering.

BACA >>> Petron Malaysia Anjur Program Keselamatan Jalan Raya di IPT Tempatan

Disebabkan seksyen off-road jauh dari bandar atau kampung, semua kenderaan lumba dan sokongan mesti mempunyai minyak mencukupi untuk bertahan bermula 27 November hingga 4 Disember. Pasukan akan memasuki perhentian terakhir di pit stop Pos Gob, iaitu penempatan orang asli paling hujung di Kelantan, yang juga tapak perkhemahan ke-6. Selepas itu peserta akan meneruskan perjalanan ke Kuala Betis untuk mengisi minyak kenderaan buat kali terakhir di stesen minyak Petron Gua Musang.

Sebarang maklumat tambahan mengenai RFC boleh layari laman web: www.rainforest-challenge.com atau Instagram: @rainforestchallenge atau @luisjawee.

STESEN DIESEL EURO5

Ada 28 stesen Petron seluruh negara menawarkan minyak Turbo Diesel Euro5 yang anda boleh semak di Facebook Petron Malaysia. Menariknya, pelanggan Malaysia sudah boleh membeli produk pelincir Petron secara atas talian di laman web beli-belah Shopee di pautan INI.

GALERI

KREDIT FOTO: Petron Social Team | RFC 2018

Auto Terkini Choong Kum Choy Luis J.A. Wee off-road Petron Petron Rev-X Engine Oil Rainforest Challenge (RFC) Turbo Diesel Euro 5
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Nozel RON95 dan RON97
Auto Terkini

RON97 Susut 30 Sen, RON95, Diesel Turun 20 Sen Seliter

04/06/2026
Auto Terkini

Perodua Lancar UCar-e, Aplikasi Sewa Kereta Dalam Kampus untuk Pelajar, Kakitangan Universiti

03/06/2026
Auto Terkini

XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

04/06/2026
Aksesori

#MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

30/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie04/06/2026
Aksesori

#MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

By Syafie29/05/2026
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata04/06/2026
Aksesori

#MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

By Syafie30/05/2026
Roda2

#MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

By Syafie29/05/2026
Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
Roda2

#MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

By Syafie03/06/2026
Auto Terkini

XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

By Syafie04/06/2026
Aksesori

#MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

By Shazwan Hisam04/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.