• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Petron Blaze 95 Memang Terbukti Jimat Minyak, Kami Sudah Uji!!!

Petron Blaze 95 Memang Terbukti Jimat Minyak, Kami Sudah Uji!!!

December 1, 2018 By Abang GYL 2 Comments

3.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SAYA bersama rakan media lain baru saja pulang dari Gambang, Pahang selepas menerima jemputan Petron Malaysia untuk menguji prestasi minyak Blaze 95.

Tujuannya cuma satu, mahu uji sendiri sama ada penggunaan minyak Petron Blaze 95 lebih jimat dan berkuasa atau sebaliknya. Kereta yang kami pandu sepanjang sesi ujian tersebut ialah model Audi Q3.

Bermula Petron Selayang dengan satu isian tangki penuh, kami bertolak ke Tempat Perlindungan Gajah Kuala Gandah sebelum berhenti rehat di Temerloh. Kemudian, kami meneruskan perjalanan dan berhenti di stesen minyak Petron di Gambang untuk mendapatkan keputusan ujian.

Petron Malaysia turut mendapatkan kerjasama Pusat Pembangunan Automotif dari Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk mengukur dan mengesahkan prestasi penggunaan bahan api.

BACA >>> #SembangDeras: Aduh, Kenapa RON95 Nak Kena Ikut Harga Minyak Dunia Pulak?

HASIL UJIAN 14.35KM PER LITER

Selepas mengharungi perjalanan sekitar 280km, termasuk laluan di lebu hraya dan kawasan kampung, kereta yang kami pandu mencatatkan penggunaan bahan api 14.35km per liter.

Malah, model sama yang dipandu rakan media lain mencatatkan penggunaan lebih baik, iaitu 16.75km per liter. Dengan kelajuan sekitar 140kmj di lebuh raya, ia masih mencatatkan penggunaan bahan api yang agak baik.

Penasihat Khidmat Teknikal Kanan Petron Malaysia, Chew Choy berkata, petrol Blaze 95 dengan formula TriAction Advantage menawarkan kuasa lebih baik, lebih kilometer dan perlindungan enjin terbaik. Tambahnya lagi, prestasi dan penjimatam Blaze 95 diperoleh daripada gabungan detergen, pengubah geseran dan tambahan aditif pembakaran organik dalam bahan api tersebut.

“Detergen yang terdapat dalam TriAction Advantage memastikan sistem inlet enjin bersih dan mampu beroperasi dengan kecekapan maksimum.

“Penggunaan tenaga dan bahan api kenderaan akan jadi lebih baik dengan pengubah geseran TriAction Advantage yang dapat mengurangan geseran antara piston dan dinding silinder,” katanya lagi.

Apa yang kami boleh simpulkan, penggunaan minyak Petron Blaze 95 mampu memberi penjimatan lebih bagus kepada pengguna. Bagaimanapun, penjimatan bahan api tetap bergantung kepada pelbagai faktor seperti cara pemanduan, kawasan dilalui dan banyak lagi.

BACA >>> Mitos atau Fakta? Isi Minyak ketika Enjin Dihidupkan Tidak Bahaya?

GALERI
minyak Petron Blaze 95
3.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: harga Petron Blaze 95, minyak petron, minyak Petron Blaze 95, minyak Petron Blaze 95 TriAction Advantage, Petron Blaze 95

Comments

  1. faiz says

    December 1, 2018 at 2:59 PM

    kenapa tak guna perodua atau proton?kenderaan rakyat marhaen..

    Reply
  2. Mohd Rozi says

    December 2, 2018 at 10:49 AM

    Mohon pembetulan pihak editor.
    Pusat Pembangunan Automotif bukan daripada Fakukti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
    Mohon pihak editor menyatakan Pusat Pembangunan Automotif daripada Universiti Teknologi Malaysia.
    Terima kasih.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Pemandu Pengorek Kaut Terbalikkan Kereta JPJ Ditahan Polis
    Pemandu Pengorek Kaut Terbalikkan Kereta JPJ Ditahan Polis
  • 4X4 Buat Hal Potong Garisan Berkembar, Anak Tidur Jatuh Tergolek
    4X4 Buat Hal Potong Garisan Berkembar, Anak Tidur Jatuh Tergolek
  • Atuk Bawa Duit Isi Dalam Guni, Beli Mitsubishi Pajero 'Cash'
    Atuk Bawa Duit Isi Dalam Guni, Beli Mitsubishi Pajero 'Cash'
  • Nama Jalan Persiaran Institut Ditukar Kepada Persiaran Tun Arshad Ayub
    Nama Jalan Persiaran Institut Ditukar Kepada Persiaran Tun Arshad Ayub

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my