• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Petron Taja Siri Akhir Lumba Off-Road Dunia - Rainforest Challenge 2018 di Malaysia

Petron Taja Siri Akhir Lumba Off-Road Dunia - Rainforest Challenge 2018 di Malaysia

December 10, 2018 By Azhan O Leave a Comment

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PETRON kembali lagi sebagai penaja minyak dan minyak enjin rasmi kepada salah satu daripada 10 acara off-road paling sukar di dunia, acara kemuncak Rainforest Challenge (RFC) di Malaysia.

Petron membekalkan minyak kepada lebih 150 kenderaan pacuan empat roda (4x4), disertai 300 peminat off-road daripada 30 negara yang berentap dalam hutan hujan tropika Malaysia bermula 24 November lalu.

Ketua Jabatan Dagangan Runcit Petron Malaysia, Choong Kum Choy berkata, Petron berbangga menjadi rakan kongsi liga sukan permotoran ekstrem 4x4 itu sebagai penaja minyak rasmi buat tahun ketiga.

BACA >>> Petron Blaze 95 Memang Terbukti Jimat Minyak, Kami Sudah Uji!!!

"RFC semestinya melahirkan semangat kesukanan terbaik daripada semua peserta. Tahun ini, kami memperkenalkan minyak enjin Petron Rev-X Engine Oil bagi melengkapkan Turbo Diesel Euro 5 dalam perlumbaan legenda ini untuk prestasi dan pembersihan enjin terbaik.

"Penajaan ini menunjukkan keunggulan produk kami yang terbukti sebagai minyak terbaik untuk perlumbaan mencabar, termasuk perlumbaan off-road dan kegunaan pemanduan harian,” katanya

Menurut Kum Choy, RFC teruja dengan penyertaan Petron sebagai penaja minyak dan minyak enjin rasmi yang diperlukan untuk menghadapi perlumbaan sukar pada musim tengkujuh. Ini kerana permukaan rupa bumi basah memerlukan satu produk tahan lasak bagi memastikan setiap aksi perlumbaan berjalan lancar.

Pengasas dan Pengurus/Pengasas RFC, dan Siri Global RFC, Luis J.A. Wee berkata, pepatah berbunyi, 'apabila berdepan kesukaran hidup ataupun masa sukar, seseorang itu perlu bertahan, kuatkan semangat dan mengharungi saat itu dengan berani', ialah contoh yang sangat bersesuaian dengan produk Petron yang digunakan sepanjang RFC.

"Tahun ini, kami melalui sektor off-road terpanjang dalam musim tengkujuh, tetapi kami yakin minyak enjin Petron berjaya menamatkan perlumbaan ini,” katanya.

BERPRESTASI, JIMAT

Petron Turbo Diesel Euro 5 dirumuskan untuk meningkatkan prestasi enjin, memastikan ekonomi bahan api lebih baik, dan memanjangkan hayat enjin. Ia mengandungi kandungan sulfur lebih rendah iaitu 10 bahagian per juta dan 50 kali lebih bersih daripada diesel Euro 2M, sekali gus mengurangkan pelepasan emisi dan menahan haba melampau yang ada pada sistem suntikan bahan ap hari ini.

Minyak enjin Petron Rev-X melindungi enjin dengan Dynamic Cleaning Technology (DC Tech) untuk memastikan enjin bersih sebagai perlindungan yang lebih baik dengan operasi lebih lancar.

RFC Malaysia, ialah acara kemuncak perlumbaan off-road 4x4 yang juga acara terakhir dalam Siri RFC Global (RFCGS), iaitu siri perlumbaan off-road peringkat  dunia membabitkan 22 negara dengan 45 acara. Tahun ini, peserta akan melalui Kota Bharu, Tanah Merah, Kuala Krai dan kemudian berakhir di Gua Musang.

3 PERINGKAT PERLUMBAAN

Peringkat-peringkat perlumbaan dinamakan zon Predator, Terminator dan Twilight, melibatkan curam tinggi, menyeberangi jambatan sempit, paya tropika, mengharungi kolam berlumpur dan meneroka sungai besar di Bering.

Acara bermula 24 November di Dataran Redha, Kota Lama Kota Bharu, dengan konvoi diiringi kereta polis tempatan ke tapak perkhemahan di Tumpat Pantai Sri Tujuh untuk bermalam semalaman. Peserta kemudian mengisi minyak di stesen minyak Petron di Belimbing, Tanah Merah sebelum memasuki pit stop cabaran di Air Naga, Gua Harimau dan Bering.

BACA >>> Petron Malaysia Anjur Program Keselamatan Jalan Raya di IPT Tempatan

Disebabkan seksyen off-road jauh dari bandar atau kampung, semua kenderaan lumba dan sokongan mesti mempunyai minyak mencukupi untuk bertahan bermula 27 November hingga 4 Disember. Pasukan akan memasuki perhentian terakhir di pit stop Pos Gob, iaitu penempatan orang asli paling hujung di Kelantan, yang juga tapak perkhemahan ke-6. Selepas itu peserta akan meneruskan perjalanan ke Kuala Betis untuk mengisi minyak kenderaan buat kali terakhir di stesen minyak Petron Gua Musang.

Sebarang maklumat tambahan mengenai RFC boleh layari laman web: www.rainforest-challenge.com atau Instagram: @rainforestchallenge atau @luisjawee.

STESEN DIESEL EURO5

Ada 28 stesen Petron seluruh negara menawarkan minyak Turbo Diesel Euro5 yang anda boleh semak di Facebook Petron Malaysia. Menariknya, pelanggan Malaysia sudah boleh membeli produk pelincir Petron secara atas talian di laman web beli-belah Shopee di pautan INI.

GALERI

KREDIT FOTO: Petron Social Team | RFC 2018

Artikel Berkaitan

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Choong Kum Choy, Luis J.A. Wee, off-road, Petron, Petron Rev-X Engine Oil, Rainforest Challenge (RFC), Turbo Diesel Euro 5

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
    Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
  • Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
    Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
  • RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
    RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
  • Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara
    Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my