• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Petron Malaysia Anjur Program Keselamatan Jalan Raya di IPT Tempatan

Petron Malaysia Anjur Program Keselamatan Jalan Raya di IPT Tempatan

August 13, 2018 By Abang GYL 1 Comment

FacebookTwitter

Program Keselamatan Jalan Raya Petron
BUAT tahun ke-5, Petron Malaysia terus mengadakan Program Keselamatan Jalan Raya dalam usaha meningkatkan kesedaran orang ramai, terutama golongan belia.

Dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Petron Malaysia akan menjelajah ke tujuh universiti tempatan terpilih bagi mendidik dan menyampaikan maklumat mengenai cara pemanduan betul ketika di jalan raya.

Sepanjang program berlangsung, Petron Malaysia akan menggunakan pendekatan baru dan menyeronokkan menerusi perlumbaan ‘Amazing Race’ yang memerlukan peserta melepasi empat cabaran sebelum bergelar juara.

Antara cabaran perlu dilalui peserta ialah kuiz keselamatan jalan raya, mentafsir papan tanda, ujian memandu dan mempelajari kepentingan penggunaan tayar kenderaan. Petron Malaysia percaya pendekatan itu akan berjaya menarik minat ramai belia selain mengajar mereka bagaimana menggunakan jalan raya secara selamat.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjadi lokasi pertama dengan menarik penyertaaan lebih 500 belia di institut pengajian tinggi (IPT) berkenaan.

BACA >>> 6 Fakta Menarik Petron Blaze RON100 Perlu Anda Tahu

Petron Malaysia
Petron Malaysia
Petron Malaysia
Program Keselamatan Jalan Raya Petron
Petron Malaysia

7 UNIVERSITI TERLIBAT

Selain UTM, antara IPT tempatan yang terlibat ialah Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu, Universiti Selangor, Universiti Tun Hussein Onn, Universiti Tenaga Nasional dan UTM Skudai Johor. Program Keselamatan Jalan Raya itu juga menerima kerjasama Michelin Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Honda Malaysia dan Nestle.

Syabas Petron Malaysia kerana sentiasa memberikan maklumat dan kesedaran umum, terutama golongan belia mengenai kepentingan keselamatan jalan raya.

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: JKJR, Petron Malaysia, Program Keselamatan Jalan Raya Petron, Program Keselamatan Jalan Raya Petron 2018, Universiti Teknologi Malaysia, UTM

Comments

  1. Hani Lokman says

    August 14, 2018 at 3:27 PM

    Superb Petron. Keep up the good collaborative work to advocate road safety culture to Malaysian youth.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
    #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
    Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
  • Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia
    Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my