Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»6 Fakta Menarik Petron Blaze RON100 Perlu Anda Tahu
Auto Terkini

6 Fakta Menarik Petron Blaze RON100 Perlu Anda Tahu

Abang GYLBy Abang GYL18/04/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Petron Blaze RON100 UMUM ketahui, Petron Malaysia adalah syarikat minyak pertama menawarkan Petron Blaze RON100 Euro 4M.

Bagi pemilik kenderaan mewah mahupun sport, ia sudah pasti menjadi khabar gembira buat mereka yang mahukan bahan api yang lebih berkualiti, berkuasa dan pada masa sama menjimatkan.

Namun, sejauh mana kehebatan Petron Blaze RON100 Euro 4M? Untuk itu, wakil media bersama ahli kelab Lotus dan Porsche dijemput menyertai ‘Petron Fuel Happy Road Trip’ ke Johor Bahru.

Tujuan hanya satu iaitu merasai kehebatan minyak petrol Blaze RON100.

Sebelum bercerita lanjut kelebihan Petron Blaze RON100, saya senaraikan enam fakta menarik yang perlu anda tahu mengenai bahan api premium ini.

ron95
RON95

1.) PERTAMA DI MALAYSIA

Petron mencipta sejarah apabila menjadi syarikat minyak pertama yang memperkenalkan bahan api Blaze 100 Euro 4M ke pasaran Malaysia.

2.) PENGHASILAN DI PORT DICKSON

Tahukah anda, Petron Blaze 100 Euro 4M dihasilkan di kilang Petron Port Dickson, Negeri Sembilan di bawah kawalan kualiti yang ketat.

3.) EURO 4M

Bahan api premium RON100 turut memenuhi spesifikasi Euro 4M yang dapat mengurangkan pengeluaran asap dan penjagaan enjin lebih bersih sekaligus dapat menjaga kualiti alam sekitar.

Petron Blaze RON100_Fuel Happy Road Trip_Pandulajudotocmdotmy (17)4.) KELEBIHAN BLAZE 100

Blaze RON100 Petron dirumuskan dengan Tri-Activ yang mampu memberikan kuasa, perlindungan enjin dan lebih perbatuan.

Kandungan oktana tinggi dalam Blaze turut menawarkan tindak balas enjin yang tiada tandingan selain mengekalkan penjimatan bahan api.

Dalam erti lain, ia menerima peningkatan kuasa dan penjimatan bahan api berbanding RON97.

Petron Blaze RON100_Fuel Happy Road Trip_Pandulajudotocmdotmy (11)5.) 23 STESEN

Sehingga kini, Petron Blaze RON100 Euro 4M sudah berada di 23 stesen terpilih di mana 17 berada di kawasan Lembah Klang dan selebihnya di Johor Bahru. Dalam pada itu, Petron merancang untuk mengembangkan ia kepada 50 stesen mengikut pada permintaan pelanggan.

BACA: Petron Blaze RON100 Euro 4M Kini Di 23 Stesen Minyak Terpilih

6.) UJIAN PETRON BLAZE RON100

Bagi menguji bahan api itu, Pandulaju bersama rakan media lain diberikan Volkswagen Passat untuk merasai kelainan yang terdapat pada Petron Blaze RON100.

Memandangkan saya pernah memandu uji Volkswagen Passat sebelum ini, jadi lebih mudah untuk saya membezakan kelebihan Blaze RON100.

Sepanjang perjalanan ke Johor Bahru, saya dapat merasakan enjin Passat lebih berkuasa berbanding biasa. Penggunaan minyak juga menjimatkan. Sebaik tiba di Johor Bahru, minyak masih berbaki separuh. Bagi saya, ia agak menjimatkan.

Ya, saya akui terdapat perbezaan ketara sekiranya anda menggunakan bahan api Petron Blaze RON100. Masih tidak percaya? Ambil kunci dan isi Petron Blaze RON100. Jangan lupa naik Genting Highlands, anda pasti akan rasa teruja dek penangan Petron Blaze RON100.

RON95
ron95
Petron Blaze RON100
ron95
Petron Blaze RON100
6 Fakta Menarik Petron Blaze RON100 Perlu Anda Tahu Petron Blaze RON100 Petron Fuel Happy Road Trip Petron Malaysia Volkswagen Passat
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    #AutoChina2026: Kenapa Jetour T2 i-DM Ada Livery Alan Walker? Edisi Terhad atau Bukan?

    02/05/2026
    Auto Terkini

    #AutoChina2026: Jetour Bukan Lagi Sekadar Jenama SUV, Kini Sasar ‘Travel Lifestyle Brand’ Global

    02/05/2026
    HEV

    GWM Tank 300 HEV Kini Dibuka untuk Tempahan, Debut di Penang Autoshow 2026

    02/05/2026
    Auto Terkini

    Dunlop Buka Lembaran Baru Bersama TBM, Sedia Perkenal Tayar Dalam Segmen EV

    02/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.