Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Perodua Perkenal Myvi Warna Baharu, Diskaun Lebih RM3K untuk Semua Varian 1.5L
Auto Terkini

Perodua Perkenal Myvi Warna Baharu, Diskaun Lebih RM3K untuk Semua Varian 1.5L

Han OthmanBy Han Othman06/05/20161 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Myvi warna BaharuSEMPENA kempen Love of the Nation, Perodua tampil memperkenalkan Myvi warna baharu dan harga istimewa kepada bakal pemilik Myvi 1.5 dengan penjimatan hingga Rm3,650 untuk Myvi 1.5SE dan RM3,800 (Advance) bermula 7 Mei hingga 5 Julai ini sahaja.

Versi Advance kini boleh didapati dalam warna dua-tona, iaitu kombinasi hitam (Metallic Ebony Black) dan biru (Electric Blue) yang direka khas buat generasi muda dan juga mereka yang berjiwa muda dengan harga RM55,118.00.

harga-myvi-baru-060516

RASIONALISASI VARIAN

Perodua turut melakukan pelarasan varian Myvi lain bagi memenuhi kehendak pasaran. Susulan itu, model 1.3L Premium X (AT) dan Premium XS akan dihentikan pengeluaran secara berkala.

Sebagai tambahan kepada Myvi berwarna baru, Perodua juga memperkenalkan alat-alat ganti alternatif mampu milik berjenama ProGanti dalam usaha menggalakkan pelanggannya menggunakan ala ganti berkualiti dan boleh dipercayai pada harga berpatutan.

BACA >>> Ketahui 4 Faktor Kejayaan Perodua Myvi

ProGanti Logo

Buat permulaan, Perodua memperkenalkan 6 alat ganti senggara yang kerap digunakan di bawah label ProGanti yang siap diuji dan diedarkan Perodua. Lebih menarik, setiap alat ganti tersebut didatangkan dengan waranti 6 bulan, manakala jumlah alat ganti akan ditambah kepada 30 item menjelang penghujung tahun ini.

HARI TERBUKA

Customer Day_Riuh Bersama Perodua

Jangan lupa datang ke hari terbuka ‘Riuh Bersama Perodua’ yang berlangsung pada hujung minggu ini – 7 Mei – bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. Berseronoklah dengan anek makanan lazat, promosi hebat dan hadiah-hadiah menarik di outlet-oulet Perodua.

Bukan itu saja, pemilik Myvi and Axia juga berpeluang membeli aksesori baharu untuk musim perayaan akan datang. Jom berseronok! 😉

Hari Terbuka Perodua Love of the Nation Myvi warna baharu Perodua Perodua Myvi 1.5L ProGanti Riuh Bersama Perodua
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

RCB, UMA Racing Perkenal Barisan Atlet dan Duta 2026, Terus Sokong Bakat Perlumbaan Malaysia

08/06/2026
Roda4

Suzuki Perkukuh Barisan SUV Malaysia, Perkenal Jimny AllGrip Plus, Jimny Rhino Plus dan Fronx Sport

08/06/2026
Roda4

Ford Everest Baharu Dilancar di Malaysia, Ada Tiga Varian, Harga Mula RM316,888

08/06/2026
Auto Terkini

Audi Nuvolari Kereta Super Hibrid Pertama Audi, 1,001 PS Lebih 349km/j

05/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata04/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie04/06/2026
Aksesori

#MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

By Syafie30/05/2026
Auto Terkini

XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

By Syafie04/06/2026
Aksesori

#MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

By Syafie29/05/2026
Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
Roda2

#MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

By Syafie03/06/2026
Aksesori

#MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

By Shazwan Hisam04/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.