Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Perodua Dedah Strategi Langsaikan ‘Hutang’ 243k Kereta Pelanggan
Auto Terkini

Perodua Dedah Strategi Langsaikan ‘Hutang’ 243k Kereta Pelanggan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/07/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA majlis pelancaran model generasi baharu Alza (2022), Perodua menyatakan kenderaan pelbagai guna (MPV) itu menerima tempahan lebih 30,000 unit dari seluruh negara, yang juga rekod baharu Perodua!

Perodua meletakkan sasaran menghasilkan kira-kira 3,000 unit sebulan selain memiliki stok awal 4,300 unit. Secara purata, tempoh menunggu untuk pelanggan menerima tempahan Alza ialah 10 bulan.

BACA >>> Tempahan Perodua Alza Lebih 30k Unit, Masa Menunggu Cecah 10 Bulan!
BACA >>> Perodua Alza (2022) Serba Baharu Lancar dalam Tiga Varian, Harga Mula RM62.5k!

Status Model Perodua lain?

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, jumlah tempahan Perodua yang masih tertunggak setakat ini sudah mencecah 243,000 unit membabitkan semua model, termasuk Alza.

Purata masa menunggu pula dianggarkan antara enam dan tujuh bulan, bergantung model tertentu.

Zainal Abidin berkata lagi;

Untuk memastikan pelanggan menikmati manfaat pengecualian cukai jualan, saya perlu memastikan semua tempahan itu dikirim sebelum 31 Mac tahun depan.

“Jika melihat pada perancangan pengeluaran semasa dan perkara lain, kalau mahu capai sasaran itu (jumlah tempahan tertunggak), secara purata kita perlu hasilkan 26,000 unit kenderaan sebulan.

“Kalau saya buat 26,000 unit sebulan dari Julai sampai Disember, dicampur dengan 127,000 unit yang dihasilkan antara Januari hingga Jun, maka jumlah pengeluaran (sepanjang 2022) akan lebih 247,800 unit yang disasarkan sebelum ini. Kalau mengikut kiraan, jumlah itu akan lebih 280,000 unit (setahun).”

BACA >>> Perodua Kongsi Masalah Sebenar Pelanggan Lambat Dapat Kereta Baharu
BACA >>> Cerita Kenapa Perodua Tak Dapat Siapkan 70k Unit Tempahan Kereta Tahun Lalu

MASALAH KOMPONEN SEMAKIN PULIH?

Terdahulu, Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin dalam ucapan pada majlis perasmian Alza (2022) baharu mendedahkan beberapa masalah membelenggu pengeluaran seperti kekurangan semikonduktor dan tenaga kerja di pihak vendor.

Zainal Abidin menjelaskan;

Mengenai (kekurangan) pekerja tadi, saya dimaklumkan Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) dan pihak vendor situasi itu sudah bergerak. Vendor kita sudah mula mendapatkan pekerja, terutama pekerja asing. Lead time kita difahamkan ialah dua minggu untuk mereka memproses dan sebagainya.

“Kebanyakan vendor kita sedang berikan latihan kepada pekerja (warga asing) dan dijangka selesai tidak lama lagi. Berhubung masalah cip dan semikonduktor, dunia masih berdepan masalah itu.

“Untuk Perodua, kami sudah ambil pihak pembekal alternatif supaya jika syarikat pertama gagal bekalkan komponen, kami boleh dapatkan dari syarikat kedua. Buat masa ini, ia tidak memberikan impak besar ke atas Perodua, sekurang-kurangnya tahun ini.”

APA STRATEGI PENGELUARAN?

Mengulas mengenai situasi Perodua memiliki senarai menunggu yang panjang dan cara meningkatkan pengeluaran, Zainal Abidin berkata;

Alza dihasilkan di kilang pengeluaran lama, iaitu Perodua Manufacturing. Satu kilang mengeluarkan Alza, Myvi dan Aruz. Kilang kedua pula hasilkan Bezza, Ativa dan Axia.

“Jika melihat permintaan, ada tiga model menerima permintaan tinggi, iaitu Bezza, Alza dan Myvi. Model Bezza tidak bermasalah kerana tidak mengganggu kapasiti pengeluaran Alza dan Myvi.

“Apa saya perlu urus berhati-hati adalah pengeluaran Alza, Myvi dan Aruz (di kilang lama). Jadi apa kita perlu buat adalah seimbangkannya.

“(Contohnya) tempoh menunggu Aruz ialah tiga bulan dan jika tempoh menunggu Alza lebih tiga bulan, misalnya empat hingga lima bulan, maka kita cuba seimbangkan (jumlah pengeluaran model berdasarkan permintaan).”

BACA >>> Konflik Rusia-Ukraine Cetus Gelombang Kedua Bekalan Semikonduktor Dunia?
BACA >>> Mikrocip Tak Cukup, GM Hentikan Pengeluaran Chevrolet Camaro
BACA >>> Krisis Bekalan Cip Semikonduktor: Apakah Puncanya? Malaysia Sajakah yang Terkesan?
BACA >>> Lama Sangat Dapat Motor, Ini Penjelasan Orang Kuat Yamaha
BACA >>> Jualan Perodua Januari-Mac 2022 Naik 6.4 Peratus, 61,624 Kenderaan Terjual!
BACA >>> Lebih 700,000 Pembeli Masih Tak Dapat Kereta, Ada Tunggu Sampai Setahun!

Auto Terkini Bekalan Cip Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Kekurangan Bekalan Semikonduktor Kereta Masalah Perodua Perodua Alza (2022) Roda4 Tan Sri Asmat Kamaludin
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.