Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lebih 700,000 Pembeli Masih Tak Dapat Kereta, Ada Tunggu Sampai Setahun!
Auto Terkini

Lebih 700,000 Pembeli Masih Tak Dapat Kereta, Ada Tunggu Sampai Setahun!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/12/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LEBIH 700,000 pembeli kereta baharu di India masih menunggu giliran menerima kenderaan masing-masing. Khabarnya, tempoh menunggu berlarutan beberapa bulan hingga ada sudah mencecah setahun.

Puncanya ada kaitan rapat dengan bekalan semikonduktor dan peningkatan kenderaan mendadak apabila ekonomi kembali dibuka berikutan pasca Covid-19.

Ini ditambah pula pelbagai acara pelancaran model baharu dan popular yang menarik minat ramai pembeli baharu negara Asia Selatan itu.

BACA >>> Krisis Oksigen: Suzuki India Henti Operasi Kilang Untuk Bantu Pesakit Covid-19
BACA >>> Krisis Bekalan Cip Semikonduktor: Apakah Puncanya? Malaysia Sajakah yang Terkesan?

Lebih parah, kelewatan tersebut membuatkan pelanggan perlu menangggung kos tambahan kerana bayaran pinjaman perlu dibayar mengikut masa kiriman kenderaan.

Pengeluar automotif pula berdepan kos bahan mentah yang semakin meningkat dengan purata kenaikan kira-kira 6 peratus sejak awal tahun ini.

BACA >>> Ford Motor Tutup Operasi Kilang di India Selepas Rugi Lebih RM8 bilion
BACA >>> Covid-19: Pekerja India Mogok Desak Renault, Nissan dan Hyundai Tutup Kilang

Antara kenderaan popular yang mengambil masa menunggu lama ialah kenderaan utiliti sukan (SUV), Mahindra XUV7OO, pelbagai model Maruti Suzuki CNG, Hyundai Creta, Kia Seltos, MG Astor, Tata Punch, Mercedes GLS dan Audi eTron.

Berikut jumlah kenderaan jenama popular yang belum dikirim kepada pelanggan:

  • Maruti – 250,000 unit
  • Hyundai – 100,000 unit
  • Tata Motors – 100,000 unit
  • Mahindra 100,000 unit
  • Kia Motors – 75,000 unit
  • MG Motors -46,000 unit
  • Mercedes India – 2,800 unit
  • *VW, Skoda, Toyota, Nissan, Renault dan Audi – 75,000 unit

* Jumlah terkumpul kerana menunggu data daripada setiap jenama.

Apa Respons Pengeluar Kenderaan?

Maruti Suzuki

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maruti Suzuki, Kenichi Ayukawa kerap memohon maaf kepada pembeli kenderaan kerana kelewatan kiriman.

Saya belum pernah melihat situasi seperti ini sepanjang karier. Tempoh menunggu membabitkan pelbagai model dan dialami hampir semua pengeluar.” – Pengarah Jualan dan Pemasaran Maruti, Shashank Srivastava.

Hyundai

Pengarah Urusan Hyundai India, S S Kim berkata, pelanggan sering dimaklumkan mengenai isu kiriman kenderaan untuk memastikan amalan ketelusan.

Tata Motors

Tempoh menunggu untuk pelbagai model berbeza, iaitu antara satu hingga enam bulan. Secara keseluruhan, tempahan tertunggak kami adalah lebih 3.5 kali ganda jualan bulanan.”

“Untuk elektrik (kenderaan elektrik), tempoh menunggu adalah paling lama dan kami sedang berusaha mempercepatkan penghasilan stok.” – Presiden Tata Motors (Perniagaan Kenderaan Berpenumpang), ShaileshChandra

Mahindra & Mahindra

Pengarah Syarikat Sektor Auto Mahindra & Mahindra, Rajesh Jejurikar berkata, tempahan selalunya melebihi jangkaan asal dengan margin cukup luas dan jadual kiriman mengambil masa berbulan-bulan.

Mercedes-Benz

Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Mercedes-Benz India, Santosh Iyer berkata, pihaknya memberi pampasan kepada pelanggan jika kenderaan gagal dikirim mengikut tempoh ditetapkan disebabkan masalah bekalan komponen.

Pelanggan yang gagal menerima kenderaan yang dijanjikan semasa Deepavali sudah diberikan baucar percutian. Kami kerap berhubung dengan mereka dan menulis surat untuk menjelaskan situasi. Ini untuk memberi jaminan kepada mereka bahawa kami belum melupakan pelanggan selepas mengambil wang mereka.”

SUMBER: TOI | PTI

Auto Terkini Automotif India Tempoh Menunggu
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 Untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    27/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    25/06/2026
    Mazda Flair Crossover XS
    Auto Terkini

    Mazda Flair Crossover 2027 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

    27/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.