Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Perodua Cipta Rekod Jualan 5,027 Unit Sehari!
Auto Terkini

Perodua Cipta Rekod Jualan 5,027 Unit Sehari!

Azizi HBy Azizi H02/12/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) merekodkan jualan 5,027 unit pada hari terakhir November yang menjadi angka jualan harian tertinggi pernah dicapai sepanjang penubuhan pengeluar nasional itu.

Pencapaian itu meneruskan momentum jualan positif bulan lalu sebanyak 23,119 unit, sekali gus menghampiri sasaran jualan akhir tahunan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, jualan dicatatkan sepanjang November adalah sedikit normal berbanding pencapaian dua bulan terdahulu dengan 25,035 dan 26,852 unit pada September dan Oktober.

“Pencapaian ini mengagumkan di sebalik keadaan ekonomi yang mencabar dan prosedur operasi standard (SOP) norma baharu akibat COVID-19.

“Rekod seharian 5,027 unit membuktikan bahawa ketahanan, ketekunan dan kebolehan menyesuaikan diri mampu membuahkan hasil.”

Berdasarkan pecahan jualan sepanjang November lalu, Myvi dijual 6,295 unit, disusuli Axia (6,318 unit), Bezza (6,224 unit), Aruz (2,617 unit) dan Alza (1,665 unit) yang menjadikan jualan keseluruhan tahunan setakat ini mencecah 195,000 unit.

Zainal Abidin berkata;

“Berdasarkan momentum jualannya, Perodua berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran akhir tahunan, iaitu pendaftaran sebanyak 210,000 unit.

“Dua keutamaan Perodua pada masa ini adalah memastikan seramai mungkin pelanggan kami dapat menerima kenderaan mereka sebelum akhir tahun bagi menikmati harga tanpa cukai jualan serta untuk terus menyokong ekosistem automotif Malaysia dengan skala ekonomi kami pada masa yang sukar ini.

“Lebih 90 peratus daripada komponen kami diperoleh secara tempatan dan ditambah dengan jumlah jualan kami, ia menjana perniagaan yang signifikan bagi pembekal tempatan dan membantu mereka mengekalkan pekerjaan,” katanya.

Beliau menegaskan, kebanyakan model Perodua diedarkan menerusi pelbagai rangkaian di Malaysia terdiri daripada peniaga bebas yang mendapat manfaat daripada jualan kenderaan syarikat itu selain tawaran servis dan baik pulih.

“Perodua amat bangga memikul tanggungjawab ini terhadap negara dan akan terus memenuhi keperluan mobiliti seluruh rakyat Malaysia dengan kenderaan berkualiti yang selamat, praktikal, cekap bahan api dan menawarkan nilai terbaik, sambil membawa teknologi maju kepada orang ramai pada masa depan,” katanya lagi.

Azizi H

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.