• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perodua Cipta Rekod Jualan 5,027 Unit Sehari!

Perodua Cipta Rekod Jualan 5,027 Unit Sehari!

December 2, 2020 By Azizi H Leave a Comment

212
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) merekodkan jualan 5,027 unit pada hari terakhir November yang menjadi angka jualan harian tertinggi pernah dicapai sepanjang penubuhan pengeluar nasional itu.

Pencapaian itu meneruskan momentum jualan positif bulan lalu sebanyak 23,119 unit, sekali gus menghampiri sasaran jualan akhir tahunan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, jualan dicatatkan sepanjang November adalah sedikit normal berbanding pencapaian dua bulan terdahulu dengan 25,035 dan 26,852 unit pada September dan Oktober.

"Pencapaian ini mengagumkan di sebalik keadaan ekonomi yang mencabar dan prosedur operasi standard (SOP) norma baharu akibat COVID-19.

"Rekod seharian 5,027 unit membuktikan bahawa ketahanan, ketekunan dan kebolehan menyesuaikan diri mampu membuahkan hasil."

Berdasarkan pecahan jualan sepanjang November lalu, Myvi dijual 6,295 unit, disusuli Axia (6,318 unit), Bezza (6,224 unit), Aruz (2,617 unit) dan Alza (1,665 unit) yang menjadikan jualan keseluruhan tahunan setakat ini mencecah 195,000 unit.

Zainal Abidin berkata;

"Berdasarkan momentum jualannya, Perodua berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran akhir tahunan, iaitu pendaftaran sebanyak 210,000 unit.

"Dua keutamaan Perodua pada masa ini adalah memastikan seramai mungkin pelanggan kami dapat menerima kenderaan mereka sebelum akhir tahun bagi menikmati harga tanpa cukai jualan serta untuk terus menyokong ekosistem automotif Malaysia dengan skala ekonomi kami pada masa yang sukar ini.

"Lebih 90 peratus daripada komponen kami diperoleh secara tempatan dan ditambah dengan jumlah jualan kami, ia menjana perniagaan yang signifikan bagi pembekal tempatan dan membantu mereka mengekalkan pekerjaan," katanya.

Beliau menegaskan, kebanyakan model Perodua diedarkan menerusi pelbagai rangkaian di Malaysia terdiri daripada peniaga bebas yang mendapat manfaat daripada jualan kenderaan syarikat itu selain tawaran servis dan baik pulih.

"Perodua amat bangga memikul tanggungjawab ini terhadap negara dan akan terus memenuhi keperluan mobiliti seluruh rakyat Malaysia dengan kenderaan berkualiti yang selamat, praktikal, cekap bahan api dan menawarkan nilai terbaik, sambil membawa teknologi maju kepada orang ramai pada masa depan," katanya lagi.

Related

212
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev