Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Perodua Catat Jualan 6,988 Unit Kenderaan Pada Ogos 2021, Operasi Semakin Pulih
Auto Terkini

Perodua Catat Jualan 6,988 Unit Kenderaan Pada Ogos 2021, Operasi Semakin Pulih

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/09/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PERODUA berjaya mendaftar sebanyak 6,988 unit kenderaan pada bulan Ogos berbanding hanya 655 unit sepanjang Julai 2021. Perkembangan positif itu menunjukkan trend positif dan pasti melegakan pelanggan yang sudah membuat tempahan.

Peningkatan jualan dan pendaftaran secara mendadak itu berkait dua faktor semasa iaitu kilang Perodua kembali beroperasi semula dan bilik-bilik pameran dibuka secara berperingkat-peringkat sejak 16 Ogos lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad dalam satu kenyataan berkata:

“Kami menjangkakan jumlah pengeluaran dan pendaftaran akan meningkat berkali ganda pada bulan September (bulan ini) apabila keadaan kembali normal,” kata.

Semua operasi Perodua terpaksa dihentikan susulan keputusan Kerajaan pada 1 Jun 2021 untuk mengawal penyebaran dan memutuskan penularan wabak Covid-19 di seluruh negara.

Jualan Kenderaan Perodua Januari Hingga Ogos:

  • 2021: 104,933 unit
  • 2020: 119,977 unit
  • Perbezaan: Turun 12.5 peratus

“Kami sedang berusaha untuk mengecilkan jurang ini dengan meningkatkan pengeluaran kenderaan dan menambah baik prosedur operasi kami untuk memastikan keselamatan kakitangan dan pelanggan kami,” katanya.

Kemas Kini Sasaran

Perodua terpaksa menurunkan sasaran jumlah jualan kenderaan bagu tahun ini disebabkan dua faktor utama ialah kekangan waktu dan sumber:

  • Sasaran baharu: 214,000 unit  
  • Sasaran sebelum ini: 240,000 unit
  • Perbezaan: Turun 10.8 peratus

“Keutamaan kami kini adalah memastikan industri automotif dapat terus beroperasi dan bertahan tahun ini.

“Antara ancaman kepada sektor pengeluaran domestik dan antarabangsa termasuklah peningkatan kes Covid-19 dan kekurangan bekalan semikonduktor,” katanya.

Mengulas mengenai isu kekurangan cip semikonduktor, Zainal berkata,  Perodua masih mendapat bekalan yang mencukupi untuk memastikan pengeluaran berjalan lancar tahun ini. Katanya, sebahagian besar tempahan Perodua yang tertunggak sebelum ini akan dapat dipenuhi dalam tahun ini.

“Buat masa ini, bekalan cip semikonduktor masih menjadi isu global dan kami bekerjasama dengan rakan kongsi dan pembekal untuk mengehadkan sebarang gangguan yang timbul,” katanya.

BACA >>> Proton Nombor Satu, Catat Angka Jualan Tertinggi Julai 2021, Perodua Jatuh Tempat Keempat
BACA >>> Pusat Jualan, Servis Perodua Kembali Beroperasi
BACA >>> Jualan 5 Bulan Memberangsangkan, Perodua Optimis Capai Sasaran Jualan 240k Unit

SUMBER: Perodua

Datuk Zainal Abidin Ahmad Jualan Perodua Ogos 2021 Perodua
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.