• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perodua Catat Jualan 6,988 Unit Kenderaan Pada Ogos 2021, Operasi Semakin Pulih

Perodua Catat Jualan 6,988 Unit Kenderaan Pada Ogos 2021, Operasi Semakin Pulih

September 3, 2021 By Shawkath Leave a Comment

89
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PERODUA berjaya mendaftar sebanyak 6,988 unit kenderaan pada bulan Ogos berbanding hanya 655 unit sepanjang Julai 2021. Perkembangan positif itu menunjukkan trend positif dan pasti melegakan pelanggan yang sudah membuat tempahan.

Peningkatan jualan dan pendaftaran secara mendadak itu berkait dua faktor semasa iaitu kilang Perodua kembali beroperasi semula dan bilik-bilik pameran dibuka secara berperingkat-peringkat sejak 16 Ogos lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad dalam satu kenyataan berkata:

“Kami menjangkakan jumlah pengeluaran dan pendaftaran akan meningkat berkali ganda pada bulan September (bulan ini) apabila keadaan kembali normal," kata.

Semua operasi Perodua terpaksa dihentikan susulan keputusan Kerajaan pada 1 Jun 2021 untuk mengawal penyebaran dan memutuskan penularan wabak Covid-19 di seluruh negara.

Jualan Kenderaan Perodua Januari Hingga Ogos:

  • 2021: 104,933 unit
  • 2020: 119,977 unit
  • Perbezaan: Turun 12.5 peratus

"Kami sedang berusaha untuk mengecilkan jurang ini dengan meningkatkan pengeluaran kenderaan dan menambah baik prosedur operasi kami untuk memastikan keselamatan kakitangan dan pelanggan kami," katanya.

Kemas Kini Sasaran

Perodua terpaksa menurunkan sasaran jumlah jualan kenderaan bagu tahun ini disebabkan dua faktor utama ialah kekangan waktu dan sumber:

  • Sasaran baharu: 214,000 unit  
  • Sasaran sebelum ini: 240,000 unit
  • Perbezaan: Turun 10.8 peratus

"Keutamaan kami kini adalah memastikan industri automotif dapat terus beroperasi dan bertahan tahun ini.

“Antara ancaman kepada sektor pengeluaran domestik dan antarabangsa termasuklah peningkatan kes Covid-19 dan kekurangan bekalan semikonduktor," katanya.

Mengulas mengenai isu kekurangan cip semikonduktor, Zainal berkata,  Perodua masih mendapat bekalan yang mencukupi untuk memastikan pengeluaran berjalan lancar tahun ini. Katanya, sebahagian besar tempahan Perodua yang tertunggak sebelum ini akan dapat dipenuhi dalam tahun ini.

"Buat masa ini, bekalan cip semikonduktor masih menjadi isu global dan kami bekerjasama dengan rakan kongsi dan pembekal untuk mengehadkan sebarang gangguan yang timbul," katanya.

BACA >>> Proton Nombor Satu, Catat Angka Jualan Tertinggi Julai 2021, Perodua Jatuh Tempat Keempat
BACA >>> Pusat Jualan, Servis Perodua Kembali Beroperasi
BACA >>> Jualan 5 Bulan Memberangsangkan, Perodua Optimis Capai Sasaran Jualan 240k Unit

SUMBER: Perodua

Related

89
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Zainal Abidin Ahmad, Jualan Perodua Ogos 2021, Perodua

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev