Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Perodua Buka Pusat 3S Baharu di Saujana Utama, Sungai Buloh – Bernilai RM11 Juta
Auto Terkini

Perodua Buka Pusat 3S Baharu di Saujana Utama, Sungai Buloh – Bernilai RM11 Juta

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/01/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERODUA mengukuhkan lagi perkhidmatan selepas jualan di Selangor menerusi pembukaan Pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) baharu di Saujana Utama, Sungai Buloh. Cawangan berkeluasan 16,000 kaki persegi itu dibuka di kawasan seluas 45,000 kaki persegi milik Yusmanida Auto Sdn Bhd.

Pusat 3S berkenaan diuruskan 65 pekerja, termasuk 30 penasihat jualan dan 12 penasihat servis. Yusmanida Auto mula bekerjasama dengan Perodua sejak 2003 menerusi wakil jualan di Jalan Meru, Klang.

BACA >>> Perodua Sentral Jadi Pusat Sehenti 3S Pertama Di Malaysia

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua (CEO), Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh berkata, Yusmanida Auto menjalinkan hubungan baik dengan Perodua sejak 15 tahun lalu berdasarkan semangat saling percaya dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

RUANG SERVIS UNTUK 6 KERETA

Sementara itu, Pengarah Urusan Yusmanida Auto Sdn Bhd, Sarizal Yusman Yusoff berkata, pembinaan cawangan
itu bermula Ogos 2016 dan siap April tahun lalu sebelum memulakan operasi lima bulan kemudian, iaitu pada September 2017.

“Tambahan perkidmatan penyenggaraan dan alat ganti di lokasi baru ini diharapkan dapat menawarkan pengalaman pemilikan terbaik kepada pelanggan seiring inisiatif Transformasi 2.0 Perodua,” katanya.

BACA >>> #Videotomotif: Mampukah Ciri-Ciri Perodua Myvi Baharu (2018) Ini Pikat Hati Anda?

Bahagian servis mampu menyenggara enam unit kenderaan pada satu-satu masa, sekali gus meminimumkan masa menunggu. Pelanggan boleh berehat di ruang menunggu yang tersedia tiga unit televisyen, perpustakaan, dan tempat mainan kanak-kanak, termasuk disediakan makanan serta minium.

Perodua kini mempunyai 186 cawangan jualan, 183 cawangan servis dan 24 cawangan baik pulih kenderaan dan semburan cat.

Auto Terkini Myvi Perodua Perodua Saujana Utama Pusat 3S Pusat 3S Perodua Sarizal Yusman Yusoff Yusmanida Auto Sdn Bhd.
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026

    2 Comments

    1. Daud on 12/08/2018 13:27

      Did hj zali still there?

      Reply
    2. Saiful hisham on 10/09/2018 12:35

      Berapa no tel yusmida auto meru nak ambik geran kereta katanya dah tukar ke sungai buloh .
      0176694726 saiful hisham

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.