Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Perodua Bezza Edisi Terhad Lancar Esok, Tempahan di Malaysia Autoshow 2019 Sahaja!
Auto Terkini

Perodua Bezza Edisi Terhad Lancar Esok, Tempahan di Malaysia Autoshow 2019 Sahaja!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/04/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MALAYSIA Autoshow 2019 bakal membuka pintu pada esok hari (11 April).  Menariknya, sempena pameran automotif itu, Perodua bakal memperkenalkan Bezza Edisi Terhad yang hanya dikeluarkan 50 unit pada harga RM44,900.

Tempahan model tersebut kini dibuka kepada orang ramai yang hadir pada Malaysia Autoshow 2019. Jadi jangan lepaskan peluang menyaksikan sendiri model berkenaan dengan lebih dekat. Menurut Perodua, tempahan Bezza Edisi Terhad itu tidak dibuka di mana-mana cawangan Perodua seluruh negara, cuma sempena Malaysia Autoshow 2019.

BACA>>>Perodua Bezza Masuk Sri Lanka, Harga Pasaran RM103k (Bersyukurlah)

Menggambarkan personaliti pemilik unik dan sporty, Bezza Edisi Terhad itu didatangkan dengan aksesori GearUp ekslusif. Berdasarkan Bezza 1.3 Premium X, Edisi terhad itu tampil dengan warna badan Ivory White (putih), kit badan GearUp kemasan hitam kusam yang dikelilingi jalur merah serta spoiler belakang berwarna hitam kusam.

Di samping itu bahagian bumbung dicat hitam bersama rim aloi berwarna kelabu gelap, perumah cermin sisi berwarna merah dan pelekat bercorak geometrik pada bonet serta pada bahagian sisi. Bahagian dalam pula menerima sarung tempat duduk GearUp dengan kemasan jahitan merah, corong udara berwarna merah serta karpet koil GearUp.

Perodua turut menawarkan hadiah tunai untuk dimenangi yang bernilai hingga RM20,000. Ini termasuk tawaran eksklusif dan baucar kepada pengunjung yang singgah ke reruai Perodua di Dewan A. Malah, pengunjung turut berpeluang merasai sendiri pengalaman memandu model Aruz!

BACA >>> Malaysia Autoshow 2019 Buka Pintu 11 April Ini, Jangkaan 350,000 Pengunjung Datang

Malaysia Autoshow 2019 akan berlangsung pada 11-14 April ini di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang, Selangor.

Auto Terkini MAEPS Malaysia Autoshow 2019 Pameran Auto Pameran Automotif Perodua perodua aruz Perodua Bezza Perodua Bezza Edisi Terhad
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.