Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Perkongsian Pasaran Proton Meningkat 2.1 Peratus Sepanjang Januari 2018
Auto Terkini

Perkongsian Pasaran Proton Meningkat 2.1 Peratus Sepanjang Januari 2018

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju09/02/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON mencatatkan jumlah jualan kenderaan 4,783 unit sepanjang Januari lalu dengan unjuran perkongsian pasaran sebanyak 10.9 peratus, meningkat daripada 8.8 peratus pegangan pasaran pada bulan sebelumnya, walaupun
mencatatkan jualan lebih rendah daripada 4,802 unit pada Disember 2017.

Saga, Persona dan Exora menjadi model paling popular, iaitu 80 peratus daripada jumlah jualan kereta Proton sepanjang Januari 2018.

Naib Presiden, Jualan dan Pemasaran, Proton, Abdul Rashid Musa berkata, Saga menjadi pilihan paling popular di kalangan pembeli Proton kerana harganya yang berpatutan selain memberikan nilai hebat. Buktinya, jualan Saga ialah 41 peratus daripada keseluruhan jualan model Proton lain.

BACA >>> #PanduUji: Kenapa Anda Perlu Beli Proton Saga 2016? Inilah Jawapannya…

Menurut Abdul Rashid, sejak dikeluarkan, Saga kini menyerikan hidup lebih 1.7 juta keluarga Malaysia. Model ini turut menerima banyak pengiktirafan seperti anugerah ‘Value for Money Car 2016’ (kereta bernilai untuk wang) dan ‘Compact Sedan of the Year 2017’ (sedan kompak terbaik).

“Proton Saga terkini ialah model generasi ketiga yang melalui proses peningkatan, pembaharuan dan penambahbaikan. Model ini menawarkan kualiti kabin lebih senyap menerusi penambahbaikan ke atas tahap NVH (bising, getaran dan kekasaran).

“Ini termasuk menampilkan rekabentuk bergaya, praktikal, dan tahan lasak serta memberikan nilai yang berbaloi untuk aspek keselamatan, termasuk keselesaan dalam kereta. Dari harga serendah RM35,590.29, atau hanya RM390 sebulan (tanpa insurans), kereta rakyat ini sudah mampu dimiliki kebanyakan rakyat Malaysia,” kata Rashid lagi.

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA


Sempena Tahun Baru Cina, Proton menawarkan ganjaran kepada pelanggan dengan menawarkan diskaun* hebat untuk semua model Proton. Antaranya diskaun hingga RM500* untuk Exora, hingga RM1,000* (Saga), hingga RM1,000* (Persona), hingga RM5,000* (Iriz), dan hingga RM13,888* (Perdana).

BACA >>> Lagi 5 Pengedar Proton Setuju Naik Taraf Pusat Servis kepada 3S, 4S

Para pelanggan juga boleh mengunjungi mana-mana pusat servis PROTON diiktiraf untuk pemeriksaan keselamatan
20 poin percuma** sebelum memulakan perjalanan jauh sama ada pergi bercuti atau pulang ke kampung.

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Proton Customer Care di talian 1800-888-398 atau e-mel di customercare@proton.com. Pelanggan juga boleh melayari laman web www.Proton.com atau Facebook rasmi Proton di ProtonCarsOfficial.

Pelanggan juga boleh memuat turun aplikasi mudah alih rasmi MyProton, yang siap sedia ada dalam Google Play dan Apple App Store.

* Tertakluk kepada terma dan syarat. Diskaun berbeza mengikut model. Promosi sah hingga 28 Februari 2018.

Abdul Rashid Musa Auto Terkini jualan Proton Januari 2018 perkongsian pasaran Proton Januari 2018 Proton Proton Saga Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.