Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pereka China Cipta Motor Terbang DIY Selepas 1,559 Kali Buat Ujian
Auto Terkini

Pereka China Cipta Motor Terbang DIY Selepas 1,559 Kali Buat Ujian

AryonBy Aryon21/08/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MOTOSIKAL terbang ciptaan seorang pereka akhirnya berjaya terbang tinggi ke udara sambil dipandunya tuannya sendiri.

Zhao Deli, 40, menerbangkan motor udara itu menggunakan lapan propeler atau kipas di Tangxia dalam bandar Dongguan di wilayah Guangdong, selatan China. Apa yang mengagumkan, dron itu direkanya sendiri. Propeler dipasangkan pada frem pusat yang direka seringan mungkin. Motor pesawat itu pula disimpan di bawah pelana yang berfungsi memberikan kuasa untuk dron ketika berada di udara.

BACA >>> BMW Hover Ride – Daripada Motor Terbang LEGO, Kini Jadi Model Konsep

Sebelum ujian sebenar Isnin lalu, Zhao terlebih dahulu menguji pesawat itu, dipanggil ‘Jin Dou Yun’, tanpa pemandu  sebanyak 1,559 kali sejak dua tahun lalu.

Dengan 8 propeler berputar, ia cukup menjana tenaga angin untuk menerbangkan kenderaan itu dan membawanya ke udara. Selepas mendarat selamat atas tanah, Zhao dengan begitu teruja berkongsi pengalaman mengemudikan pesawat itu yang menurutnya tidak ubah seperti menunggang motosikal di udara.

“Impian saya jadi kenyaaan selepas melakukan ujian ke-1,560,” katanya dengan penuh keterharuan.

Jin Dou Yun bermaksud ‘Magical Cloud’ atau ‘Awan Ajaib’, yang diilhamkan daripada kenderaan adiwira fiksi China, Raja Monyet. Tapi ingat, dalam komik Dragonball, watak utama Goku juga pernah menunggang awan terbang seperti itu yang dipanggil ‘Awan Guling’. Bezanya, awan itu hanya mahu membawa orang berjiwa suci murni seperti Goku sahaja.

BACA >>> Tidak Cukup Supercar, Polis Dubai Bakal Guna Motosikal Terbang Pula!

Menurut Zhao, motor terbang itu mampu menampung berat antara 50 hingga 100kg. Berat berlepas maksimum ialah 256kg, manakala kelajuan maksimum ialah 70kmj dengan hayat bateri selama 30 minit.

Beliau kini berhajat terbang menyeberang Sungai Kuning di China dengan menunggang motor udara tersebut, termasuk merancang mengubah suai prototaip berkenaan untuk dijadikan produk komersial.

GALERI

SUMBER: RideApart

Auto Terkini China Drone hoverbike Motor Terbang motosikal terbang Pereka Pereka China Pesawat Terbang Zhao Deli
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.