• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pereka China Cipta Motor Terbang DIY Selepas 1,559 Kali Buat Ujian

Pereka China Cipta Motor Terbang DIY Selepas 1,559 Kali Buat Ujian

August 21, 2018 By Aryon Leave a Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MOTOSIKAL terbang ciptaan seorang pereka akhirnya berjaya terbang tinggi ke udara sambil dipandunya tuannya sendiri.

Zhao Deli, 40, menerbangkan motor udara itu menggunakan lapan propeler atau kipas di Tangxia dalam bandar Dongguan di wilayah Guangdong, selatan China. Apa yang mengagumkan, dron itu direkanya sendiri. Propeler dipasangkan pada frem pusat yang direka seringan mungkin. Motor pesawat itu pula disimpan di bawah pelana yang berfungsi memberikan kuasa untuk dron ketika berada di udara.

BACA >>> BMW Hover Ride - Daripada Motor Terbang LEGO, Kini Jadi Model Konsep

Sebelum ujian sebenar Isnin lalu, Zhao terlebih dahulu menguji pesawat itu, dipanggil 'Jin Dou Yun', tanpa pemandu  sebanyak 1,559 kali sejak dua tahun lalu.

motor-hover-Jin-Dou-Yun-8
motor-hover-Jin-Dou-Yun-6
motor-hover-Jin-Dou-Yun-1

Dengan 8 propeler berputar, ia cukup menjana tenaga angin untuk menerbangkan kenderaan itu dan membawanya ke udara. Selepas mendarat selamat atas tanah, Zhao dengan begitu teruja berkongsi pengalaman mengemudikan pesawat itu yang menurutnya tidak ubah seperti menunggang motosikal di udara.

"Impian saya jadi kenyaaan selepas melakukan ujian ke-1,560," katanya dengan penuh keterharuan.

Jin Dou Yun bermaksud 'Magical Cloud' atau 'Awan Ajaib', yang diilhamkan daripada kenderaan adiwira fiksi China, Raja Monyet. Tapi ingat, dalam komik Dragonball, watak utama Goku juga pernah menunggang awan terbang seperti itu yang dipanggil 'Awan Guling'. Bezanya, awan itu hanya mahu membawa orang berjiwa suci murni seperti Goku sahaja.

BACA >>> Tidak Cukup Supercar, Polis Dubai Bakal Guna Motosikal Terbang Pula!

Menurut Zhao, motor terbang itu mampu menampung berat antara 50 hingga 100kg. Berat berlepas maksimum ialah 256kg, manakala kelajuan maksimum ialah 70kmj dengan hayat bateri selama 30 minit.

Beliau kini berhajat terbang menyeberang Sungai Kuning di China dengan menunggang motor udara tersebut, termasuk merancang mengubah suai prototaip berkenaan untuk dijadikan produk komersial.

GALERI

SUMBER: RideApart

Artikel Berkaitan

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, China, Drone, hoverbike, Motor Terbang, motosikal terbang, Pereka, Pereka China, Pesawat Terbang, Zhao Deli

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my