• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Tidak Cukup Supercar, Polis Dubai Bakal Guna Motosikal Terbang Pula!

Tidak Cukup Supercar, Polis Dubai Bakal Guna Motosikal Terbang Pula!

October 16, 2017 By ZY 5 Comments

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

ROADS? Where we're going, we don't need roads."

Masih ingat lagi? Itulah ucapan terakhir Doc kepada Marty sebelum DeLorean terbang sebagai mesin masa menuju tahun 2015 dalam babak akhir filem pengembaraan masa terkenal, Back to the Future.

Sejak itu, kenderaan seperti kereta dan motosikal terbang menjadi impian ramai anak muda dan sering digambarkan dalam Wawasan 2020 yang diaspirasikan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Rancangan Malaysia Keenam (RMK 6) pada awal dekad 1990-an lalu. Namun, sehingga ke hari ini masih tidak nampak bayangan kenderaan terbang seperti itu akan menjadi kenyataan.

Walaupun kedengaran mustahil, anda sebenarnya tidak perlu menunggu lama lagi kerana syarikat Hoversurf yang berpengkalan di Dubai bakal menjadikan visi itu sebagai realiti tidak lama lagi melalui platform motosikal terbang komersil mereka - SCORPION!

Selepas selesai melepasi ujian ketat dalam cuaca ekstrem seperti debu dan suhu melampau, motosikal terbang atau hoverbike dalam video di atas kini disahkan sebagai versi khas platform SCORPION untuk kegunaan pasukan polis Dubai yang bakal tampil dengan uniform hitam seakan sut perisai.

Dengan potensi kelajuan maksimum 65kmj, dan tempoh penerbangan kira-kira 25 minit, hoverbike itu sebenarnya bukanlah dibina  untuk mengejar penjenayah yang sudah tentu memandu supercar berkuasa tinggi. Tambahan lagi, polis Dubai pun memang sudah ada barisan supercar polis seperti Lamborghini, Ferrari dan Aston Martin.

BACA >>> Ini Mungkin Skuad Polis Paling Laju di Dunia

Menariknya, hoverbike itu mampu terbang setinggi 5 meter dan membawa beban hingga 300kg. Ditambah pula tanpa gangguan lalu lintas, tugas-tugas bergegas ke lokasi kemalangan atau menghambat pesalah jalan raya pasti jadi lebih mudah.

Mujurlah hoverbike tersebut cuma ada di Dubai buat masa ini. Kalaulah polis Malaysia pun sudah ada, pasti habis kecut perut mat-mat rempit kita. Apa tidaknya, pikul motor panjat divider pun belum tentu dapat lari daripada road block! 🙂

Related

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Dubai, dubai police hoverbike, hoverbike, hoversurf, kereta polis dubai, motosikal terbang, Polis Dubai, Rancangan Malaysia Keenam (RMK 6), roda2, Tun Dr. Mahathir Mohamad

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Litar Antarabangsa Sepang (SIC): Lokasi Terbaik untuk Hari Trek, Acara Korporat, dan Pelancaran Automotif
    Litar Antarabangsa Sepang (SIC): Lokasi Terbaik untuk Hari Trek, Acara Korporat, dan Pelancaran Automotif
  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Pembinaan LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang Bermula Secara Rasmi
    Pembinaan LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang Bermula Secara Rasmi

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev