Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#Perbandingan: SUV vs Sedan, Mana Satu Lebih Sesuai untuk Keluarga Anda?
Autotainment

#Perbandingan: SUV vs Sedan, Mana Satu Lebih Sesuai untuk Keluarga Anda?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/02/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADA dua segmen kereta masa kini yang menjadi perhatian ramai pembeli untuk dijadikan kenderaan keluarga, iaitu kenderaan utiliti sukan (SUV) dan sedan. Soalannya, apakah pilihan kenderaan terbaik untuk mereka yang sudah berkeluarga?

Sebenarnya, kedua-dua segmen itu penyelesaian menyeluruh kerana setiap kenderaan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Ia juga bergantung kepada saiz keluarga anda dan had bajet.

Berikut kami senaraikan faktor yang mungkin mempengaruhi pilihan anda sama ada mahu membeli SUV atau sedan.

BACA >>> #TahukahAnda: SUV Lebih Berbahaya Berbanding Sedan, Kereta Kecil?

Apakah Beza Sedan dan SUV?

  • Perbezaan utama: sedan ialah kereta tulen, manakala SUV berasaskan binaan trak. Bagaimanapun, SUV hari ini sudah berevolusi dan banyak model masa kini dibina menggunakan platform kereta, atau istilah lebih spesifik, dipanggil crossover.
  • Crossover berbeza daripad kereta biasa disebabkan tempat duduk lebih tinggi yang membolehkan anda menikmati pandangan lebih luas di bandar, dan ada opsyen pacuan semua roda (AWD).
  • Crossover menawarkan rekabentuk hatchback di belakang, manakala sedan mengekalkan gaya tradisional dengan but lebih panjang.
  • Crossover biasanya dimasukkan dalam kategori SUV walaupun dibina menggunakan casis unibodi (unibody) seperti kereta berbanding SUV tulen yang menggunakan casis frem-atas-badan (body-on-frame).

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Perbezaan SUV dan Crossover?

Apa Kelebihan dan Keburukan Sedan vs SUV?

Kelebihan dan kekurangan SUV atau sedan bergantung kepada apa dimahukan anda, termasuk jenis model dipilih. Di bawah ini maklumat asas mengenai kebaikan dan keburukan SUV dan sedan:

SUV

Kelebihan
  • Tempat duduk lebih tinggi yang memberikan pandangan lagi baik.
  • Hadir dengan opsyen pacuan semua roda (AWD) atau pacuan empat roda (4WD).
  • Binaan lebih berat dan tegap, bermaksud kurang impak teruk ketika kemalangan.
  • Saiz tinggi memberikan kelebihan jika berlaku kemalangan dengan kenderaan lebih kecil.
  • Lebih banyak ruang untuk simpanan kargo dan penumpang kerana saiz but luas dan tinggi.
  • Sesetengah model ada ciri tunda.
  • Boleh dipasangkan rak bumbung (roof rack) tanpa menjejaskan penampilan untuk ekstra ruang kargo.
Kelemahan
  • Susah untuk dikendalikan di kawasan sempit.
  • Kurang stabil, terutama ketika memandu laju dan mengambil selekoh.
  • Berisiko mengalami impek tergoleh jika kenderaan terbalik akibat kemalangan.
  • Saiz badan berat mempengaruhi penjimatan bahan api.
  • Lebih mudah tergolek kerana pusat graviti (CoG) tinggi dan lebih berat di bahagian atas badan.
  • Rekabentuk hatchback bercermin menyebabkan barangan dalam ruang kargo mudah dilihat pencuri.
  • Harga mungkin lebih mahal.
  • Tayar lebih mahal kerana bersaiz besar.
Sedan

Kelebihan
  • Rekabentuk but tertutup adalah lebih selamat untuk menyimpan barang.
  • Lebih efisien bahan api berbanding SUV.
  • Lebih mudah dikendali di ruang sempit.
  • Ada banyak pilihan dengan harga kurang mahal.
  • Mudah dan lebih stabil dipandu laju, termasuk ketika mengambil selekoh.
Kelemahan
  • Tidak banyak model dengan opsyen AWD.
  • Kurang atau tiada ciri tunda.
  • Ruang but rendah mengehadkan muatan kargo besar dan panjang.
  • Boleh dipasangkan rak bumbung, tetapi akan menjejaskan penampilan luaran.
KESIMPULAN
  • SUV cukup praktikal untuk ke mana-mana destinasi kerana menawarkan ciri yang tiada pada sedan seperti keupayaan tunda, jarak lega bumi tinggi yang memudahkan anda kawasan jalan tidak berturap atau off-road.
  • SUV juga menawarkan fiil dalaman lebih selesa kerana ruang siling kabin lebih tinggi.
  • Sedan pula lebih murah dan stabil dipandu.
  • Harga sedan pula secara purata adalah lebih murah daripada SUV, dan ada banyak pilihan model di pasaran tempatan.
  • Jika tinggal di bandar, sedan lebih baik kepada mereka yang mementingkan aspek penjimatan bahan api dan kegunaan harian seperti parkir dan menempuh trafik sesak.

Mana Satu Lebih Mudah Dipandu?

  • Sedan lebih mudah dipandu dan stabil berbanding SUV.
  • SUV memiliki kawasan titik buta (blindspot) lebih banyak daripada sedan kerana bersaiz tinggi yang mungkin berbahaya untuk kenderaan kecil, terutama pejalan kaki.
  • Tiada masalah besar untuk parkir di ruang sempit.
  • Kelebihan utama SUV adalah sudut pandang depan dan posisi duduk tinggi  yang memberikan visual penglihatan lebih baik berbanding sedan.
  • Visual belakang SUV juga lebih jelas kerana dibina dalam bentuk hatchback.
  • Banyak SUV ditawarkan dalam opsyen sistem pacuan AWD atau 4WD yang menambah baik ciri traksi di permukaan jalan basah, licin, dan tidak berturap.

Adakah SUV Lebih Selamat daripada Sedan?

  • Mengenai aspek keselamatan, binaan SUV lebih kukuh dan saiz lebih tinggi memberikan kelebihan dalam mengurangkan impak kerosakan akibat kemalangan.
  • Ciri keselamatan moden tidak banyak berbeza. SUV dan sedan hari ini sudah dilengkapkan ciri bantuan pemandu termaju.
  • Bagaimanapun, sedan ada kelebihan mengelak kemalangan kerana menawarkan karakter pengendalian lebih baik.
  • Isu ruang kargo terdedah SUV mendedahkan risiko kecurian. Walaupun cermin boleh digelapkan, tetapi masih dapat diintai dan dipecahkan, terutama pencuri nekad. Sedan lebih baik dalam aspek ini.

Mana Satu Lebih Selesa?

  • Ini bergantung kepada kehendak, keperluan dan kesukaan anda. SUV lebih selesa kerana ruang dalaman tinggi memberikan fiil kabin lebih selesa.
  • SUV (tidak semua) juga menawarkan konfigurasi kerusi boleh lipat untuk mendapatkan ekstra ruang kargo lebih besar.
  • Sedan pula bergantung sepenuhnya kepada ruang but. Jika ada barang tambahan, atau lebih panjang, barisan kerusi belakang terpaksa digunakan.
  • Bagi keselesaan akses masuk dan keluar kabin, sedan lebih baik. SUV yang tinggi mungkin kurang selesa kepada penumpang berusia, dan kanak-kanak.

Kos SUV vs Sedan?

  • Ini antara pengaruh besar sebelum membuat keputusan membeli SUV atau sedan. Apapun, ia bergantung kepada bajet dan kemampuan anda.
  • Secara kasar, kos bahan api SUV adalah lebih tinggi berbanding sedan, tetapi masih bergantung kepada gaya pemanduan anda.
  • SUV biasanya lebih mahal dari segi kos bahan api, dan penyenggaraan. Contohnya, harga tayar, dan rim sudah tentu lebih mahal daripada sedan. Itu belum dikiran komponen dan alat ganti lain.

BACA >>>> Ativa ‘Total Lost’ Kemalangan Tiga Kenderaan Depan Balai Polis
BACA >>> Inilah Cerita Sebenar Proton X50 Tak Sempat Hantar Sudah ‘Total Lost’

SUMBER: ByrantMotor

Auto Terkini autotainment Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) perbandingan Sedan SUV SUV vs Sedan
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.