Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Perbandingan Ringkas: Spesifikasi Kawasaki Z250 (2019) vs Yamaha R25 (2019)
Auto Terkini

Perbandingan Ringkas: Spesifikasi Kawasaki Z250 (2019) vs Yamaha R25 (2019)

ZYBy ZY26/04/20192 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LOGIKKAH membandingkan naked bike dengan sportbike fairing penuh?

Kami yakin ini persoalan yang bakal dilontarkan di ruangan komen, tetapi tidak mengapa, kerana memang lebih mudah mengkritik daripada klik link dan baca. Hakikatnya, dalam segmen motosikal 250cc, harga dan kuasa masih jadi faktor utama yang diambil kira majoriti pembeli Malaysia.

Lebih-lebih lagi jika seseorang itu baru kali pertama mahu menaik taraf jentera 250cc, dan enjin dwi-silinder seakan jadi kewajipan untuk motosikal yang berharga sekitar RM20,000. Mengambil kira faktor inilah, kami rasa saingan sebenar Kawasaki Z50 (2019) yang baru dilancarkan beberapa hari lalu bukanlah Honda CB250R atau KTM 250 Duke yang dikuasakan nadi 1-silinder.

Jujur saja, anda tidak akan tunggu kehadiran Z250 baharu jika cuma mahukan naked bike 250cc kerana jentera itu sememangnya antara terbaik dalam kelas naked aras mula.

BACA >>> Perbandingan Rupa: Ottimo VIZ110 vs Honda RS150R yang Sama Tapi Tak Serupa

Bagaimanapun, pertembungan antara Yamaha R25 dan Z250 (dua model ini baru saja dilancarkan tahun ini), nampaknya sukar dielakkan walaupun dalam kategori berbeza. Nak tahu kenapa? Lihat sahaja senarai spesifikasi di bawah.

Z250 LEBIH BERKUASA, SELAMAT?

Pasti ramai peminat tahu, Z250 (2019) baharu dibina berasaskan Ninja 250 (2018) yang menerima banyak pembaharuan, terutama sekali rekabentuk enjin baharu dengan peningkatan kuasa puncak kepada 39hp @ 12,500rpm. Bagaimanapun, bagi model naked, kuasa maksimum dihadkan kepada 36.5hp dengan tork maksimum dikekalkan 23.5Nm @ 10,000rpm.

Menariknya, angka itu cuma sedikit tinggi daripada kuasa maksimum yang mampu dicapai R25 (2019) yang masih mengekalkan enjin sama dengan model sebelum ini. Mungkin bagi Kawasaki, itu sudah cukup untuk bersaing dan pada masa sama menjaga pasaran model sportbike mereka (Ninja 250) sebagai jentera suku liter paling berkuasa setakat ini.

Jadi dengan tambahan cuma RM2,000, bakal pemilik Z250 (2019) akan mendapat enjin yang sedikit lebih berkuasa, ‘mungkin’ tahan lasak (memandangkan enjin tidak dipaksa hingga keupayaan maksimum seperti Ninja 250), dan juga kelebihan dalam aspek keselamatan, kerana dibekalkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) sebagai standard, dan tiada langsung varian ABS untuk R25.

BACA >>> Yamaha R25 Facelift (2019) Kini di Pasaran, Harga RM19,998 – Sampai Kedai Berapa Pula?

Jika tujuan anda untuk tunggangan harian ke tempat kerja, sukar menolak bahawa Z250 (2019) baharu ialah pilihan yang lebih praktikal.

BUKAN KUASA, PRAKTIKALITI SEMATA-MATA

Namun, bukan semua peminat dan penunggang motosikal melihat kepada sudut praktikal semata-mata. Walaupun atas kertas ada sedikit kekurangan pada kuasa dan ciri keselamatan, R25 (2019) masih boleh dilihat sebagai sportbike aras mula yang sesuai dijadikan platform latihan sebelum menaik taraf kepada sportbike aras tinggi yang lebih liar.

Malah, jika anda sanggup membongkok setiap masa seperti pelumba, defisit kuasa R25 (2019) tidak mustahil dapat diatasi dengan posisi menunggang yang lebih aerodinamik (lebih membongkok berbanding model R25 sebelum ini). Jadi, jika top speed jadi isu, kami tidak menolak kemungkinan R25 masih mampu menggugat Z250 (2019) baharu.

Dengan bajet yang hampir sama, iaitu lebih kurang RM20,000, dan spesikasi kompetitif, pilihan muktamad akhirnya bergantung kepada cita rasa sendiri.

BACA >>> Yamaha R25 Baharu (2019) vs Lama (2014), Mana Satu Lebih Laju?

Jika anda peminat motosikal naked atas alasan lebih santai, anda pasti gembira apabila mengetahui Z250 (2019) baharu ini paling berkuasa dalam kelasnya, malah mampu menggugat pesaing daripada kelas sportbike. Sebaliknya jika minat anda tetap kepada sportbike fairing penuh, R25 (2019) masih antara sportbike aras mula paling berkuasa, lebih murah, lebih bergaya dan tidak salah dikatakan, lebih glamour.

Kawasaki kawasaki z250 2019 naked bike Perbandingan Ringkas roda2 sportbike Yamaha yamaha r25 2019
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

16/07/2026

2 Comments

  1. Thanraj on 22/06/2019 03:07

    I’m going to buy this bike ^_^ Kawasaki Z250 …But the thing that bothers me is this motorbike is suitable for 6 feet tall riders? Because of I never tried to get on one before. Need help on this.

    Reply
    • Shahrul on 30/11/2019 11:40

      Hello Thanraj,is your concern is seat height,mostly entry level naked and sport bike is around that height,it doesn’t matter how tall you is, as long as one of your feet can touch the ground, it need
      practice along the way,hope this might help you,

      Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.