Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
Autotainment

Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?

ShawkathBy Shawkath05/11/202111 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADA sebab Boon Siew Honda (BSH) mengetengahkan nama RS-X dan bukan Winner X ketika melancarkan supermoped itu ke pasaran Malaysia pada 1 November lalu. Menurut BSH, RS sudah jadi jenama yang utuh dan dikenali pengguna negara ini.

Situasinya sama seperti Vietnam apabila jenama Winner (Malaysia: RS150R) sudah dikenali ramai dan menapak kukuh dalam pasaran. Itulah sebab model generasi kedua dipanggil Winner X (Malaysia: RS-X). Kisah ini dimaklumkan sendiri BSH kepada penulis. Malah, RS150R masih terus dijual di pasaran.

Artikel ini akan membandingkan perbezaan antara RS150R dan RS-X?

BACA >>> Boon Siew Honda Lancar RS-X (2021), Harga Mula RM8.6k!
BACA >>> Honda RS150R (2020) Facelift yang Lebih Sporty Rasmi Dilancarkan, Harga Mula RM8.2k

REKABENTUK LEBIH SEGAR

  • RS-X agak menarik kerana mengetengahkan gabungan rekabentuk skuter-kapcai. RS150R pula mewaris rekabentuk kapcai tipikal dalam gaya moden mengikuti peredaran zaman. Jika diamati, bahagian fairing depan RS-X ada bayangan rekabentuk skuter Vario 150.

BACA >>> Perbandingan: Honda RS-X vs Yamaha Y16ZR, Mana Satu Paling Power?!
BACA >>> Honda Vario 150 (2020) Kini Berwajah Baharu Lebih Sporty, Harga Mula RM7,499

LAMPU UTAMA

  • Perubahan paling ketara, set lampu depan dialih dari fairing kepala ke dada. Rekaan lampu utama lebih tirus dan moden mirip sportbike aras mula CBR150.

  • Lampu belakang RS-X jenis transparen dan nampak lebih lebar berbanding RS150R yang bergaya sportbike dalam warna merah.
  • Semua lampu RS-X jenis LED penuh, manakala RS150R masih menggunakan mentol halogen untuk lampu signal, lampu nombor plat dan lampu brek belakang.

BACA >>> Perbandingan: Benelli R18i (2021) vs Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020)!

PANEL KEPALA

  • Peralihan posisi lampu depan membuatkan fairing kepala RS-X nampak kosong walaupun ditambah visor angin bersaiz kompak. Muncung fairing kepala ada jeriji seperti helmet Darth Vader dalam Star Wars yang berfungsi sebagai ventilator udara.

PANEL METER DIGITAL

Panel meter RS-X berbentuk horizontal dengan paparan digital penuh dan latar hitam, manakal panel meter RS150R cuma dalam dua tona, latar jingga dan tulisan hitam. Paparan maklumat pada panel meteri RS-X lebih jelas dan mudah dibaca. Angka spidometer terpampang besar, termasuk takometer, bar petrol, dan posisi gear. Paparan RS150R pula lebih kecil.

LAMPU SIGNAL BELOK

  • BSH masih meneruskan tradisi lampu signal belok jenis capang pada RS-X, tetapi kini lebih tirus dan sporty berbanding RS150R yang lebih ‘gemuk’.
  • Reflektor henti kekal di tengah madgad belakang, di bawah unit lampu signal belok. Madgad juga masih menggunakan saiz sama, termasuk peg kaki pembonceng.

BACA >>> #TahukahAnda: Mengapa Honda Ubah Posisi Asal Butang Hon, Lampu Signal Belok?

BAR BONCENG

  • Perubahan ketara bahagian belakang selain lampu brek ialah bar genggam untuk pembonceng. Rekaan RS-X mengetengahkan gaya tanduk kerbau yang direka terpisah dua, manakala RS150R lebih konvensional yang bersambung terus.

TRENKUASA

Kedua-dua model menggunakan trenkuasa sama, iaitu 4-lejang silinder tunggal 149.2cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI dan dipadankan transmisi klac manual 6-kelajuan. Bagaimanapun, RS-X diberikan talaan berbeza untuk menghasilkan ekstra kuasa kuda.

BACA >>> #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?

DIMENSI

  • Saiz badan RS-X lebih pendek dan lebih rendah, tetapi ada perbezaan minimum lebar 2mm berbanding RS150R.
  • Jarak roda RS-X lebih panjang 2mm, tetapi jarak lega bumi pula lebih rendah 2mm berbanding RS150R.
  • Kapasiti tangki minyak kedua-dua model RS itu kekal sama, tetapi RS-X lebih berat 2kg.
  • RS150R pula nampaknya seperti lebih mesra penunggang kerana menawarkan tinggi pelana  rendah (786mm) berbanding RS-X yang tinggi (795mm). Jika bertubuh tinggi, RS-X mungkin sesuai buat anda.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Beza Jarak Roda (Wheelbase) Panjang vs Pendek?

PELANA

RS-X
RS150R
  • Pelana RS-X nampak tebal, terutama bahagian penunggang dan nampak lebih landai  yang bersambungan dengan pelana pembonceng. Pelana RS150R lebih tipis dan jelas nampak takuk pada pelana pembonceng.

SISTEM EKZOS

  • Selain fairing depan ala skuter, RS-X dipasangkan sistem ekzos baharu yang mirip gaya sportbike aras mula CBR150R. Bentuk ekzos RS-X lebih bersegi daripada RS150R yang berbentuk silinder.
  • Walaupun peg kaki pembonceng kedua-dua model nampak sama, tetapi peg kaki penunggang RS-X kini boleh dilipat. Ciri ini agak penting kerana boleh mengelakkan penunggang terbabas jika mengambil selekoh sudut rendah (rapat ke tar jalan).

BACA >>> Kajian: Ekzos Bising Disahkan Tidak Boleh Selamatkan Nyawa

BREK ABS

  • Sistem brek RS-X dipertingkat menerusi tambahan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) roda depan. RS150R juga menggunakan sistem brek cakera, tetapi tanpa ABS.
  • Kedua-dua model menggunakan rekaan rim sport sama, tetapi unit cakera RS-X berbentuk petal (berbunga) untuk gaya lebih sporty. RS150R menggunakan cakera standard.

BACA >>> #TahukahAnda: 5 Sebab Kenapa Lampu Amaran ABS Tiba-Tiba Nyala?
BACA >>> Tentang Sejarah dan Fungsi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) untuk Motosikal
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Brek Cakera di Depan, Tapi Brek Dram di Belakang?
BACA >>> #ApaNakBuat: Cara Cegah Enjin, Transmisi Skuter Rosak Awal

Boon Siew Honda Honda RS-X ABS (2021) Honda RS150R V2 honda winner x malaysia Perbandingan Honda RS150R VS RS-X roda2
Shawkath

Artikel Berkaitan

Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

12/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

11/02/2026
Auto Terkini

Triumph Scrambler 400 XC Tiba Mac Ini, Harga RM34,200

11/02/2026

11 Comments

  1. Rothmans on 06/11/2021 18:22

    Bar bonceng dgn lampu kat kepala v2 lebih cantik.

    Reply
  2. Wong Pekaja on 07/11/2021 01:25

    Bagi sy semuanya baik, yg xbaik tu kewangan sy,, so tengok je la 😁

    Reply
  3. wah wah on 12/11/2021 12:32

    saya suka dia gemok…tapi jangan bual hal…

    Reply
  4. psu@ny on 12/11/2021 12:42

    RS 150R..sedap dinaiki….rasa selesa……anda akan merasai kehebatan apabila bersama…percaya..? model ni ok…walau nampak gemok…tp ok. sesuai semua golongan…..

    Reply
  5. apis bukan nama sebenar on 16/11/2021 09:58

    nak tanya , sport rim RSX masih sama dengan RS150 kan ? dari segi hub dan lain2. ke ada perbezaan ?

    Reply
  6. HK Motor on 13/01/2022 23:53

    Lain² dan berbeza, sebab ingin mengelakan dari Budak² pencuri Motor ni tukar part. 😂🤭

    Reply
  7. RSV on 19/01/2022 11:20

    Rs dgn Rsx makin banyak geng kat jalan sebab berbaloi dgn harga. Yamaha harga kena mark up kaw kaw dgn kedai sebab kilang lembap nak bekalkan stok.

    Reply
  8. Uvuvwevwevwe Osas on 04/02/2022 17:45

    Lawa lagi y Suku…..salam dari zimbabwe

    Reply
  9. Aim on 08/07/2022 13:42

    Tapi kenapa RS mahal Dr RSX?

    Reply
  10. alia on 28/07/2023 00:51

    anda mencari spare part motor rs original second,bole cari sy…

    Reply
  11. Ally John on 06/04/2024 16:35

    Zimbabwe pkai Honda Zebra atau Honda Zirafah ke?🤣🤣🤣

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Auto Terkini

Honda Malaysia Sasar 60,000 Unit, Lancar Enam Model Baharu Tahun 2026

By Shazwan Hisam11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.