Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Perbandingan: Geely Azkarra Filipina vs Proton X70
Roda4

Perbandingan: Geely Azkarra Filipina vs Proton X70

Han OthmanBy Han Othman17/01/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA di Malaysia, Geely masuk ke pasaran tempatan sebagai Proton, tetapi di Filipina jenama dari China itu kekal sebagai Geely dan kini sudah memperkenalkan tiga model kenderaan utiliti sukan (SUV) untuk pasaran negara jiran tersebut.

Antara model itu ialah Azkarra yang dikenali sebagai Boyue Pro di China, iaitu model dipertingkat (facelift) daripada Boyue, atau X70 di Malaysia. Di Filipina, SUV kompak itu ialah model kedua diperkenalkan selepas Coolray (Malaysia: X50), iaitu pada Mei 2020, manakala di China dilancarkan setahun sebelum itu, pada Julai 2019.

Mungkinkah Azkarra akan menjadi model facelift X70 nanti?

Azkarra spesifikasi Filipina ditawarkan dalam dua varian, iaitu:

  • Premium – 1.44 juta peso (RM121,060)
  • Luxury – 1.6 juta peso (RM134,510)

Azkarra menampilkan rekabentuk kabin serba baharu, luaran berbeza dan opsyen trenkuasa baharu. Jom kita buat perbandingan antara Azkarra (Filipina) dan X70.

 

TRENKUASA BAHARU

  • Azkarra ditawarkan dalam dua varian dan dua enjin berbeza:
    • Premium – 3-silinder 1.5 pengecas turbo DOHC | 2WD | 177hp @ 5,500rpm, 255Nm @ 1,500-4,000rpm
    • Luxury – hibrid 3-silinder 1.5 pengecas turbo DOHC dengan motor elektrik 48V EMS | 4WD | 190hp @ 5,500rpm, 300Nm @ 1,500-4,000rpm
  • X70 ditawarkan dalam empat varian berbeza: Standard, Executive, Premium dan Premium X. Setiap varian menggunakan enjin sama, iaitu 4-silinder 1.8L TGDi DOHC dalam 2WD, opsyen 4WD untuk model CBU saja (sudah tidak dikeluarkan).
  • Trenkuasa hibrid untuk Azkarra Luxury terdiri daripada generator penghidup tali sawat 48V, bateri lithium-ion 48V, konverter 48V-12 DCDC dan sistem pengurusan bateri.

SPESIFIKASI

  • Kedua-dua varian Azkarra diberikan ciri keselamatan yang sama, iaitu  6 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA), Sistem Kawalan Traksi (TCS), Kawalan Stabiliti Kenderaan (ESC), Bantuan Mula Daki (HSA), Kawalan Turun Bukit (HDC)
  • Setiap varian dilengkapkan ciri keselamatan standard 6 beg udara, ABS dengan EBD dan Bantuan Brek (BA), Brek Pegun Auto (ABH), ESC, TCS, Bantuan Pegun Bukit (HHA), HDC.
  • Varian Premium dan Premium X pada X70 dilengkapkan ciri bantuan pemandu A.D.A.S. Tiada ciri tersebut pada Azkarra.
  • Azkarra ada lima pilihan warna: putih, biru, perak, merah dan hitam.
  • X70 ada enam pilihan warna: Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Ruby Red, Space Gray dan Cinnamon Brown.

DIMENSI

  • Azkarra memiliki dimensi panjang 4,544mm, lebar 1,831mm, dan tinggi 1,713mm, manakala jarak roda 2,670mm
  • X70 memiliki dimensi panjang 4,519mm, lebar 1,831mm, tinggi 1,694mm, manakala jarak roda 2,670mm.

Azkarra lebih panjang 25mm dan lebih tinggi 19mm daripada X70, manakala lebar dan jarak roda sama. Bagaimanapun ekstra saiz itu bukanlah penambahan yang signifikan dan boleh dikatakankan dimensi antara Azkarra dan X70 lebih kurang sama.

LUARAN

  • Ada perbezaan pada rekabentuk bampar depan Azkarra dan X70, tetapi skirt sisi sama.
  • Lampu utama LED juga berbeza. Lampu X70 disepadukan bersama gril untuk rupa depan lebih lembut, sebaliknya lampu Azkarra diasingkan dan bertekstur dengan rupa lebih berkotak. Rekaan cermin sisi pun tidak sama.
  • Azkarra mengetengahkan rekaan gril signatur Geely, bentuk lingkaran ulangan Expanding Cosmos yang diapit lampu utama LED adaptif corak khas.
  • X70 pula menampilkan gril signatur Proton, iaitu Infinite Weave dengan frem bentuk busur panah Ethernal Bow, manakala lampu utama juga jenis LED, sama seperti model Boyue.
  • Sosok belakang nampak sama, tetapi dibezakan dengan perincian rekaan lampu belakang LED. Lampu belakang Azkarra sedikit lebih besar berbanding X70. Begitu juga bahagian but dan bampar.
  • Rekabentuk garis pintu but Azkarra direka sebaris bampar, manakala bampar dan difuser juga berbeza daripada X70.
  • Paten rim Azkarra lebih ekstrem berbanding X70. Garis sisi badan juga kelihatan tidak sama.

KABIN

  • Kabin Azkarra sama luas seperti X70 dengan rekabentuk kontemporari. Ventilator penyaman udara diadun cantik dengan papan pemuka dalam satu unit bersepadu. Rekaletak kabin yang disusun kemas membantu meningkatkan visual luas untuk ruang dalaman.
  • Paling merangsang mata ialah unit infotainment di tengah dan kluster instrumen di celahan stereng, depan pemandu. Kedua-dua unit definisi tinggi (HD) itu direka teliti dan dirapikan dengan kemasan kulit bertekstur untuk upholsteri yang tampak elegan.
  • Papan pemuka Azkarra nampak lebih halus dan elegan.
  • Konsol tengah Azkarra dirombak berbeza berbanding X70. Bar genggam masih ada untuk kedua-dua SUV tersebut.
  • Rekabentuk tombol gear Azkarra (kedua-dua model guna transmisi DCT 7-kelajuan) lebih tajam, manakala X70 lebih membujur.
  • Butang kawalan (untuk mod pandu, amaran proksimiti, kawalan turun bukit, dll) di tepi tombol gear direka lebih kurang sama. Cuma susunan berbeza.
  • Azkarra memiliki tombol rotari pada konsol gear untuk tetpan mod pandu, manakala butang penyaman udara direka dalam bentuk kekunci piano (sama seperti model Mercedes-Benz dan Peugeot). Juga ada ruang simpanan kecil sebelah tombol gear yang boleh digunakan untuk meletakkan syiling, kunci atau barang kecil lain.
  • Rekaan butang penyaman udara X70 nampak sedikit konvensional dalam bentuk tombol dan butang tekan biasa.
  • Kedua-dua model menggunakan upsholsteri coklat jenis kulit Nappa pada kerusi dan panel pintu, cuma tekstur rekaan berbeza. Bentuk kerusi lebih kurang sama, termasuk hendal pintu dan ventilator penyaman udara untuk penumpang belakang.
  • Azkarra dan X70 kedua-duanya ada bumbung panoramik.

ADA DAN TIADA: AZKARRA VS X70

  • Azkarra ada pengecas wayarles dan paparan dongak (HUD).
  • Unit infotainment 12.3 inci
  • Ada mod pandu jenis butang rotari.
  • Harga varian Premium ialah 1.44 juta peso (RM121,060), dan Luxury – 1.6 juta peso (RM134,510)

  • X70 ada sensor tendang untuk buka but.
  • Unit infotainment cuma 8 inci.
  • Harga X70 bermula RM94,800 (Standard) hingga RM122,800 (Premium X).

BACA >>> Pakistan Lancar Proton X70! Harga Bermula RM123k (CBU), RM118k (CKD)
BACA >>> #TahukahAnda: 14 Fakta Transmisi Proton X70 – 7DCT yang Perlu Anda Tahu

Geely Auto GEELY Auto Group Geely Azkarra (2020) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

#BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

15/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

15/07/2026
Denza Z9 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

13/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

10/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

By Abang Hirata10/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.