• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pakistan Lancar Proton X70! Harga Bermula RM123k (CBU), RM118k (CKD)

Pakistan Lancar Proton X70! Harga Bermula RM123k (CBU), RM118k (CKD)

December 23, 2020 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter


BARU-baru ini Proton X70 baru saja berlabuh di pasaran Pakistan dan pelancaran dilakukan secara virtual menerusi laman Facebook Proton Pakistan.

Jika pasaran tempatan menawarkan empat pilihan varian, Pakistan pula menerima dua varian, iaitu Executive AWD pada harga 4,890,000 rupee (RM123,370), dan Premium FWD berharga 5,390,000 rupee (RM135,990).

Seperti Malaysia, barisan pertama X70 Pakistan ialah model import (CBU) dari Malaysia, manakala versi pemasangan tempatan (CKD) akan memulakan pengeluaran sebelum Jun 2021 di kilang Proton Karachi.

Pada acara itu juga, wakil pengedar Proton di Pakistan, Al-Haj Proton turut mengumumkan harga model CKD Executive AWD iaitu 4,690,000 rupee (RM118,330) dan Premium FWD, 4,990,000 rupee (RM125,895).

Pasaran Pakistan menerima enjin 3-silinder 1.5L TGDi berkuasa 176hp dan tork 255Nm yang dipadankan transmisi dual klac (DCT) 7-kelajuan. Enjin sesaran kecil membolehkan X70 dijual pada harga kompetitif kerana mendapat manfaat cukai.

Proton X70 Pakistan_4
Proton X70 Pakistan_5
Proton X70 Pakistan_6

X70 Premium FWD ialah varian premium yang didatangkan dengan ciri tambahan seperti kerusi kulit Nappa, kerusi penumpang depan elektrik, bumbung panorama, rim 19-inci, Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) dan Kawalan Jelajah Adaptif.

BACA >>> Proton Eksport X70 (2020) CKD ke Brunei
BACA >>> Proton X70 CKD Lancar! 10 Perkara Perlu Anda Tahu, Harga Bermula RM94,800!

SUMBER: CarSpiritPK

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Al-Haj Group, Al-Haj Proton, autoterkini, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Proton, Proton Pakistan, Proton X70, SUV, SUV kompak, SUV Segmen-C

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
    #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
  • Honda Brio Sepatutnya Jadi Model Asal Iriz, Tetapi Ditolak Proton Sebab...
    Honda Brio Sepatutnya Jadi Model Asal Iriz, Tetapi Ditolak Proton Sebab...
  • Harga Petrol, Diesel Naik Lagi! (23/01/21)
    Harga Petrol, Diesel Naik Lagi! (23/01/21)
  • Inilah Senarai Aktiviti yang BOLEH dan TAK BOLEH Sepanjang PKP 2.0 [12/01-26/01/2021]
    Inilah Senarai Aktiviti yang BOLEH dan TAK BOLEH Sepanjang PKP 2.0 [12/01-26/01/2021]

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my