Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Perbandingan: Benelli R18i (2021) vs Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020)!
Autotainment

Perbandingan: Benelli R18i (2021) vs Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020)!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/04/20215 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEGMEN supermoped tempatan kini semakin meriah apabila Benelli melancarkan R18i (2021) dengan kapasiti enjin 174cc pada 11 April lalu. Lebih menarik, inilah model paling murah ditawarkan dalam segmen ini yang dijual pada harga RM7,999 sahaja.

Kehadiran R18i (2021) pasti membuatkan ramai pembeli mula rambang mata untuk menentukan model mana satu mahu dimiliki. Jadi, perbandingan dengan model lain seperti Yamaha Y16ZR (2021) dan SYM VF3i Pro (2021) dalam barisan supermoped paling terkini tidak dapat dielakkan.

Sekarang anda tidak perlu bersusah-payah lagi buat perbandingan. Kami sediakan artikel ini khas buat anda.

BACA >>> Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!

KAPASITI ENJIN: VF3i PALING BESAR, Y16ZR PALING KECIL TAPI ADA VVA

Dari segi prestasi, VF3i Pro dengan kapasiti enjin terbesar menghasilkan lebih kuasa iaitu 19.7hp dan tork 17.4Nm berbanding dua lagi supermoped, Y16ZR (17.7hp, 14.4Nm) dan Benelli R18i (18hp, 15.1Nm). Bagaimanapun, Y16ZR dilengkapi enjin VVA yang membantu enjin mendapatkan kuasa optimum pada setiap kelajuan tunggangan, manakala R18i mempunyai lebih kuasa kuda berbanding model Yamaha tersebut.

DIMENSI: R18i PALING PANJANG, TAPI TANGKI MINYAK PALING KECIL

Y16ZR lebih kompak dan ringan berbanding R18i dan VF3i Pro. Benelli R18i pula model terpanjang, tetapi mempunyai tangki minyak paling kecil dengan kapasiti hanya 4.8 liter, manakala VF3i Pro ada tangki terbesar, 7 liter. Tangki besar ini membuatkan supermoped SYM itu menjadi model paling lebar, 705mm.

SUSPENSI & BREK: BENELLI GUNA FORK USD, VF3i ADA ABS, Y16ZR ADA A&S

Ya, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Ciri R18i yang tidak mampu ditandingi ialah fork terbalik (USD) yang mana model lain hanya ada fork teleskopik. Ini menjanjikan kestabilan tunggangan terbaik buat model Benelli tersebut. 

Semua model menggunakan brek cakera tunggal, tetapi VF3i Pro ada kelebihan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), juga satu-satunya kapcai yang dilengkapi ciri berkenaan di Malaysia setakat ini. Y16ZR pula dibekalkan ciri klac antigelincir Assist & Slipper (A&S). Dari segi ciri elektronik, R18i ialah model paling lemah.

PILIHAN WARNA: KETIGA-TIGA MODEL ADA TIGA PILIHAN 

Ketiga-tiga model menawarkan tiga pilihan warna. Y16ZR didatangkan dalam pilihan warna Phantom Grey (kelabu), Arrow Blue (biru) dan Racing Yellow (kuning) dengan rekaan grafik minimal. VF3i Pro menawarkan warna merah, biru dan emas berserta rim emas.

Akhir sekali, R18i menawarkan warna Standard Red (merah), Standard Black (hitam) dan versi Special Edition berwarna biru dengan rim hijau fluoresen.

LAMPU DEPAN: Y16ZR LED PENUH, R18i LAMPU PROJEKTOR, VF3i MASIH HALOGEN

Y16ZR
VF3i
R18i

Y16ZR paling moden apabila menggunakan lampu LED penuh untuk semua lampu dan ini mungkin antara alasan kepada model ini berharga premium. R18i pula, walaupun paling murah, lampu digunakan adalah jenis projektor, lebih baik daripada mentol halogen digunakan VF3i Pro. Bagaimanapun, semua model dilengkapi unit LED untuk lampu siang (DRL) dan lampu belakang.

PANEL METER: Y16ZR, R18i GUNA DIGITAL PENUH, VF3i GUNA ANALOG-DIGITAL

Y16ZR
Benelli R18i
SYM VF3i Pro

Walaupun bukan jenis digital penuh, rekaan panel meter VF3i Pro lebih menarik berbanding dua model pesaing lain. Walaupun digital, tetapi rekaan panel meter Y16ZR dan R18i nampak hambar. Namun, semua bergantung kepada cita rasa masing-masing.

HARGA: Y16ZR PALING PREMIUM, R18i PALING JIMAT

  • Benelli R18i – RM7,999 (atas kertas, tanpa insurans dan cukai jalan)
  • Yamaha Y16ZR – RM10,888 (atas kertas, tanpa insurans dan cukai jalan)
  • SYM VF3i Pro – RM9,338 (atas kertas, tanpa insurans dan cukai jalan)

KESIMPULAN

Ramai tahu Y16ZR ialah supermoped paling mahal. Namun, teknologi ditawarkan model tersebut, berserta rupa luaran menawan dan kekuatan jenama Yamaha itu sendiri sudah memberikan justifikasi harganya yang premium walaupun tanpa ABS.

Jika anda lebih mementingkan prestasi berbanding rupa, VF3i Pro menjanjikan kepuasan dengan kapasiti enjin terbesar berbanding dua model lain. R18i pula menawarkan ‘value for money’ apabila menawarkan harga termurah dengan prestasi enjin berkuasa untuk sebuah motosikal berstatus kapcai. 

Akhir sekali, semua bergantung kepada apa anda cari pada sesebuah motosikal. Berilah spesifikasi sebaik mana pun, harga semurah mana pun, kalau tidak kena dengan jiwa, tak guna jugakan?

BACA >>> Perbandingan: Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020), Model Mana Paling Berkuasa Sebenarnya?
BACA >>> Perbandingan Rupa: RS150R vs Winner X dengan Bahasa Rekabentuk yang Lebih Jelas

benelli Benelli R18i Kapcai Supermoped SYM SYM VF3i Pro vf3i pro y16zr Yamaha yamaha y16zr
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT, 115 Untuk Ulang Tahun ke-115 TT

    23/05/2026
    Orang ramai di Kuala Lumpur
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Rakyat Malaysia antara Paling Malas Jalan Kaki di Dunia?

    21/05/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Steinwinter Supercargo – Lori Futuristik Yang Terlalu Awal Untuk Zamannya

    21/05/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda Ini Risiko Jangka Panjang Jika Abaikan Servis Berkala Kenderaan

    21/05/2026

    5 Comments

    1. Abdulsamad on 14/04/2021 06:32

      Salah kapasiti enjin ni bang

      Reply
    2. Muhamad Mahadhir bin Zahariman on 14/04/2021 09:44

      Ada kesilapan teknikal yang dicatatkan pada table yang disertakan. Benelli sebenarnya 174.5 sentimeter padu & bukan 155 sentimeter padu seperti yang tertulis di situ. Mohon dapat diperbetulkan supaya tidak timbul kekeliruan. Terima kasih atas penerbitan artikel-artikel yang menarik. Teruskan usaha pandulaju.com.my

      Reply
    3. Amrl on 14/04/2021 12:43

      CC untuk R18i dan Y16R tertukar.

      Reply
    4. Abdullah bin Ishak on 14/04/2021 15:42

      Motor yamaha y 15 ke Y16 ke ,harga mcm kerajaan x bole kawal.sentiasa naik..mahal sgt.
      Cari motor yg lebih murah mcm modenas lebih baik, praktikal dan berbaloi dizaman pendemik covid 16 .

      Reply
    5. username on 11/05/2022 18:34

      permainan harga di Malaysia sukar untuk dikawal oleh pihak berkuasa seperti KPDNHEP etc sebab sudah dikuasai sepenuhnya oleh pihak kartel motorsikal seperti mana kartel daging, kartel ayam, kartel ikan, kartel sayur, kartel alat ganti automotif etc anyway tengah tunggu Y16ZR Doxou @RM14.5k aku sampai insyaAllah dalam 2 minggu lagi huhu

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.