Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Perbandingan Awal: Kawasaki Ninja ZX-25R (Baru) vs ZX-2R (Lama)
Autotainment

Perbandingan Awal: Kawasaki Ninja ZX-25R (Baru) vs ZX-2R (Lama)

ZYBy ZY23/10/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TREND automotif kebelakangan ini menyaksikan masing-masing pengeluar berlumba mahu menghasilkan kenderaan yang lebih mesra alam.

Kawasaki antara pengeluar yang berani melawan arus apabila memperkenalkan semula superbike mini ikonik jenama itu yang kini dinamakan sebagai Ninja ZX-25R. Diperkenalkan di Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019 semalam, debut sportbike suku liter 4-silinder itu nyata mengejutkan ramai apabila muncul kembali selepas ditamatkan pengeluaran sekitar 15 tahun lalu.

BACA >>> #TMS2019: Kawasaki Dedah Ninja ZX-25R, Sportbike Suku Liter Paling Berkuasa!

Pasti ramai ingin tahu, apakah pembaharuan yang dibawakan Kawasaki pada ZX-25R berbanding pendahulunya, ZX-2R. Ikuti perbandingannya di bawah.

* NOTA: ZX-25R (model baru), ZX-2R (model lama)

SPESIFIKASI

Maaf, Kawasaki masih belum mendedahkan sebarang angka spesifikasi buat masa ini untuk kami buat perbandingan teliti. Apa yang pasti, Ninja ZX-25R dikuasakan enjin 4-lejang 4-SILINDER sebaris 249cc DOHC 16 injap, sekali gus menolak dakwaan umum bahawa model ini cuma ‘sembang’ semata-mata seperti diperkatakan kalangan warna maya sama ada di blog, media sosial dan portal permotoran.

Spesifikasi pengendalian didedahkan Kawasaki turut memberikan gambaran elemen supersport yang dimiliki ZX-25R. Suspensi depan masih jenis terbalik (USD) tetapi dinaik taraf kepada unit Showa SFF-BP yang turut digunapakai ZX-6R.

BACA >>> #TMS2019: Kawasaki Z H2 Lancar, Supernaked Supercas Paling Buas – 198hp, 137Nm

Suspensi belakang menggunakan jenis Horizontal Back-Link, sama seperti ZX-10R bagi menggantikan unit Uni-Trak yang sering digunakan model Kawasaki termasuk ZX-2R. Frem juga tidak ketinggalan diberi perubahan menerusi frem trellis pada ZX-25R yang menggantikan frem twin-spar aluminium untuk model terdahulu.

Namun, bahagian brek diturun taraf kepada cakera tunggal berbanding dwi-cakera pada model ZX-2R. Mungkinkah prestasi kaliper radial monoblok model baharu ini setanding brek dwi-cakera ZX-2R, ataupun kuasa ZX-25R tidak lagi segagah pendahulunya?

Kami harap soal kuasa masih setanding walaupun mungkin tidak mampu menandingi kehebatan model lama dulu. Ini kerana ZX-25R baru ini dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Traksi Kawasaki (KTRC), Kawasaki Quick Shifter dan Mod Kuasa, iaitu ciri moden dan canggih yang tiada pada ZX-2R.

BACA >>> Dokumen Kawasaki Ninja 1000 (2020) Didedahkan, Patuh Euro 5 yang Lebih Mesra Alam


REKABENTUK

Selepas lebih sedekad, sudah tentu ZX-25R diberikan solekan wajah baharu seiring perkembangan trend dan teknologi semasa. Namun, ada beberapa perkara menarik yang kita boleh bandingkan antara ZX-25R dan ZX-2R.

Lebih-lebih lagi bahagian fasia depan. Selain turun taraf kepada brek cakera tunggal daripada dwi-cakera, tiada lagi ‘paip mesin basuh’ ikonik yang menyambungkan skup udara pada kedua-dua belah sisi kepala ZX-2R ke bahagian depan tangki.

Skup udara masih dikekalkan cuma dikurangkan kepada satu sahaja dan posisi diubah ke tengah fairing kepala. Adakah skup udara ini turut berfungsi sebagai ram air intake seperti abangnya ZX-6R atau sekadar hiasan semata-mata seperti sesetengah sportbike aras mula lain? Kami belum tahu.

Selebihnya, sama seperti ZX-2R yang boleh dianggap versi mini kepada ZX-7R, begitu juga ZX-25R baharu ini yang juga boleh dikatakan versi mini kepada ZX-6R. Selain kehadiran skup udara, persamaan dua beradik itu dapat dilihat pada rekabentuk lampu depan kembar, sepasang winglet mini dan lampu signal terbina dalam pada fairing sisi.

Menariknya, skup udara kecil di bawah setiap lampu signal masih dikekalkan. Apa yang berbeza, ia  tidak begitu menyerlah dan lebih sukar dilihat pada ZX-25R.

Dari sisi, frem trellis ZX-25R lebih terlindung di sebalik fairing, manakala frem twin-spar ZX-2R lebih terdedah. Perubahan paling besar boleh dilihat adalah sisi kanan ZX-25R, iaitu ekzos underbelly kompak, kecil dan pendek yang jauh berbeza jika mahu dibandingkan ‘tabung buluh’ ZX-2R, besar dan panjang.

Bersama swingarm ‘pisang’ yang menggunakan sambungan suspensi lintang, jelas terserlah aura kemodenan yang ditampilkan ZX-25R. Cuma kurang berkenan dengan rekabentuk rim sport yang nampak halus dan kurang meyakinkan walaupun ia sama seperti dipasangkan pada ZX-6R.

Rekabentuk moden diteruskan dengan ekor tirus, dan lampu belakang tajam persis kunai, iaitu senjata pahlawan ninja.


Adakah segala perubahan itu mampu meyakinkan anda untuk beralih kepada Kawasaki ZX-25R sekiranya ditawarkan di Malaysia nanti?

Kawasaki Kawasaki Motors Japan Kawasaki ZX-25R Kawasaki ZX-2R Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019 sportbike Sportbike Suku Liter TMS 2019 Tokyo Motor Show (TMS) 2019
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

24/07/2026
Aksesori

#TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

23/07/2026

1 Comment

  1. Jan on 10/07/2020 11:09

    dah nak launch hari ni di Indonesia, kita tgk cmne. x sabar haha

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.