• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Dokumen Kawasaki Ninja 1000 (2020) Didedahkan, Patuh Euro 5 yang Lebih Mesra Alam

Dokumen Kawasaki Ninja 1000 (2020) Didedahkan, Patuh Euro 5 yang Lebih Mesra Alam

October 20, 2019 By Aryon Leave a Comment

527
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APABILA Kawasaki mengumumkan barisan 2020, sudah ramai membayangkan kemunculan beberapa model popular, termasuk Ninja 1000. Ada juga yang bimbang superbike itu mungkin digugurkan dalam barisan 1,000cc Kawasaki berikutan kemunculan dua model supercas.

Namun pendedahan dokumen terbaharu ini yang disiarkan Lembaga Sumber Udara California (CARB) mungkin melegakan peminat superbike aspirasi natural (NA) itu.

BACA >>> Kawasaki Perkenal Z1000 R Edition (2020), Bengis Habis!

Selain kemunculan model hiper seperti H2 dan Z H2, banyak pihak menjangka Ninja 1000 terpaksa digugurkan berikutan regulasi emisi Euro 5 yang memerlukan pengeluar mengubah suai sistem ambilan, dan ekzos. Sekarang model itu kembali semula dalam senarai 2020 sebagai jentera baharu Kawasaki.

Spesifikasi 1,043cc kekal sama, tetapi famili enjin sudah berubah, dipanggil 1.04AAJ yang direka khas supaya patuth Euro 5. Enjin sekarang menggunakan siri 1.04AAG.

Dalam seksyen emisi ekzos, dokumen tersebut menyatakan Ninja 1000 (2020) menghasilkan 0.1g/km hidrokarbon, 0.1g/km hidrokarbon + oksida nitrogen dan 0.2g/km karbon monoksida. Sebagai perbandingan, angka emisi untuk enjin sebelum ini ialah 0.14, 0.2 dan 1.0 untuk setiap satu emisi. Jadi model kali ini menghasilkan pengurangan kadar emisi yang dramatik.

Namun, angka sebenar Ninja 1000 (2020) cuma dapat disahkan sebaik saja superbike ini didedahkan. Tetapi tidak diketahui adakah ia bakal debut di Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019 minggu ini. Jika melihat laman web Kawasaki, ada dua model baharu akan dilancarkan di TMS 2019, dan tiga model baharu di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019.

Salah satu daripada model di TMS 2019 ialah model streetfighter supercas Z H2.

BACA >>> Kawasaki Siar Video Acah Ketiga dengan Nama Z H2, Lancar 23 Oktober Ini
BACA >>> Kawasaki Siar Video Acah Kedua Model Z Baharu dengan Enjin Supercas
BACA >>> Kawasaki Siar Video Acah Model Z Baharu dengan Enjin Supercas

Related

527
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Kawasaki, Kawasaki Ninja 1000, Kawasaki Ninja 1000 (2020), roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev