Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Penyamun Kereta Mewah Menyamar Tarik Kereta, Cabut Pagar Rumah
Auto Terkini

Penyamun Kereta Mewah Menyamar Tarik Kereta, Cabut Pagar Rumah

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/12/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sindiket curi kenderaan mewah sekitar Sungai Buloh apabila memberkas empat individu termasuk seorang wanita dalam operasi berasingan pada 4 dan 5 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, operasi dijalankan selepas seorang pemilik bengkel membuat laporan mengenai kehilangan kereta jenis Porsche Panamera milik pelanggannya dari Singapura yang diparkir di rumahnya di Taman Subang Murni pada 1 Disember lalu.

“Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi mendapati kereta berkenaan ditunda sebuah trak. Menurut pengawal keselamatan di rumah itu, ada beberapa individu memperkenalkan diri sebagai penarik kereta memaklumkan kenderaan itu ada tunggakan bayaran.

“Malah, mereka bertindak mencabut pagar rumah pemilik bengkel tersebut sebelum menunda kereta berkenaan,” katanya.

Hasil maklumat diterima, PDRM menahan tiga lelaki, termasuk seorang daripadanya warga Indonesia dan seorang wanita.

Kredit Foto: HMetro

“Mereka yang ditahan terdiri daripada penarik kereta, penganggur, pekerja kilang dan mekanik. Ada antara mereka berperanan sebagai penjaga kenderaan mewah yang dicuri sindiket tersebut yang aktif sejak Januari lalu.

“Dalam serbuan itu, kami merampas tujuh kenderaan mewah pelbagai jenis termasuk Porsche Panamera yang dilaporkan hilang itu dan sebuah trak tunda yang disembunyikan di sebuah kondominium serta bengkel di Setapak dan Sentul. Semua kenderaan dirampas itu dianggarkan bernilai lebih RM1 juta,” katanya lagi.

Shafa’aton berkata, modus operandi sindiket berkenaan ialah menipu pemilik kenderaan yang mempunyai tunggakan bayaran kereta masing-masing. Sindiket itu juga berani menceroboh dan memecahkan pagar rumah untuk menunda kereta.

Menurutnya lagi, semua kereta yang ditarik sepatutnya dihantar terus kepada bank. Sebaliknya, sindiket ini menyimpan kenderaan dicuri untuk menjual di laman web jual beli atas talian pada harga antara RM30,000-RM50,000 mengikut jenis model.

Semakan juga mendapati seorang daripada suspek yang ditahan itu mempunyai tujuh rekod jenayah lampau.

Polis kini sedang giat mengesan dua beradik yang dipercayai turut terlibat dengan kumpulan sindiket ini iaitu L Nantha Kumar, 25, dan L Prem Kumar, 29. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai dua beradik ini diminta menghubungi polis untuk membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 379/447 Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan dan menceroboh.

BACA >>> #SembangDeras: Oh, Mudahnya Buat Jahat Guna Nombor Plat Palsu, dan Kita Relaks Saja

SUMBER: HMetro

Auto Terkini PDRM Polis Diraja Malaysia (PDRM) Porsche Panamera Sindiket Curi Kereta Mewah
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.