Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Penunggang Motosikal Pasang Lampu Siang Boleh Kena Saman di Vietnam
Auto Terkini

Penunggang Motosikal Pasang Lampu Siang Boleh Kena Saman di Vietnam

AryonBy Aryon24/01/20212 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DI MALAYSIA, menyalakan lampu pada waktu siang ialah peraturan yang wajib dipatuhi penunggang motosikal sebagai langkah keselamatan supaya mudah dilihat kenderaan lain atas jalan.

Malah, penunggang yang tidak menyalakan lampu motosikal boleh dikenakan kompaun. Ini membuatkan pengeluar mematikan fungsi suis menutup lampu pada motosikal supaya lampu akan sentiasa terpasang. Bagaimanapun, beberapa tahun kebelakangan ini penguatkuasaan peraturan tersebut tidak lagi begitu ketat.

BACA >>> Honda Brio Lancar di Vietnam Sebagai Model Import, Mampukah Saingi Vinfast Fadil?

Tetapi berbeza pula di Vietnam,  penunggang motosikal dilarang menyalakan lampu di kawasan bandar dan boleh dikenakan kompaun 60,000-800,000 dong (RM10-RM142) jika ditangkap.

Peliknya, penunggang Vietnam dikatakan mempunyai tabiat gemar menyalakan lampu pada waktu petang. Memang berbeza pula dengan sesetengah penunggang Malaysia yang kerap dilihat tidak peduli mahu memasang lampu tidak kira siang atau malam. Lampu rosak katanya.

 

Menurut undang-undang Vietnam, menyalakan lampu pada waktu siang dikhuatiri mengganggu pengguna kenderaan dari arah bertentangan, sekali gus meningkatkan risiko kemalangan. Larangan tersebut bagaimanapun tertakluk di kawasan bandar dan berkepadatan tinggi.

Pada masa sama, penunggang Vietnam tetap perlu menyalakan lampu pada waktu malam atau ketika keadaan sekeliling gelap (seperti waktu pagi), berkabus atau cuaca buruk (hujan, ribu dan seumpamanya), atau sebarang situasi yang menyebabkan pandangan terhad. Jika tidak dipasang, pun dikenakan kompaun.

Menggunakan lampu suluh tinggi, yang biasanya dilakukan ketika memotong juga satu kesalahan dan boleh dikompaun.

Bagi lebih spesifik, penunggang hanya boleh menyalakan lampu pada jam 7 malam hingga 5 pagi (waktu Vietnam) keesokan hari, atau situasi cuaca tertentu seperti disebut di atas. Jika tidak, bersedialah mendapat ‘surat cinta’ daripada polis trafik.

BACA >>> CB1000R Plus Limited Edition (2019) Tiba di Vietnam, 20 Unit Sahaja Dijual

Rasanya ada kewajaran peratura tersebut dikuatkuasakan di Vietnam. Tengoklah gambar di bawah ini dan bayangkan kalau semua penunggang diwajibkan pasang lampu sepanjang hari. Mahu berpinau juga mata dibuatnya.

Auto Terkini Peraturan Jalan Raya Polis Vietnam Tidak Boleh Pasang Lampu Undang-Undang Jalan Raya Vietnam
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026

    2 Comments

    1. Kent on 15/01/2023 14:02

      Saya berminat nak tahu juga kenapa motosikal malaysia diwajib pasang lampu pada siang hari? jika demi keselamatan… kenapa Vietnam tak ikuti langkah Malaysia?

      Tentu ada sebab kenapa Malaysia mengwajibkan perlaksanaan pasang lampu motosikal pada waktu siang..
      Lebih-lebih lagi, jika demi keselamatan penunggang motosikal, kenapa negara -nagara yang lain tidak ikut langkah Malaysia?

      Reply
      • Azhan O on 03/02/2023 19:46

        Undang-undang tak sama setiap negara. Vietnam wajib pasang tapi pengeluar tak diwajibkan buat lampu siap menyala

        Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.