Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»CB1000R Plus Limited Edition (2019) Tiba di Vietnam, 20 Unit Sahaja Dijual
Roda2

CB1000R Plus Limited Edition (2019) Tiba di Vietnam, 20 Unit Sahaja Dijual

AryonBy Aryon17/06/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DI VIETNAM, Honda CB1000R edisi terhad diimport daripada pengedar persendirian di  bandar Ho Chi Minh dengan hanya 350 unit dikeluarkan seluruh dunia dan dijangka dijual pada harga kira-kira 500 juta dong (RM89,400).

Honda CB1000R Plus Limited Edition (2019) kali pertama dilancarkan pada Mac lalu pada Motor Bike Expo 2019 di Itali. Model ini tiba di Vietnam menerusi satu pengedar persendirian di Nguyen Huu Canh Street, bandar Ho Chi Minh.

HArga jual belum diumumkan, tetapi berdasarkan model standard yang dijual 468,000 juta dong (RM83,700), jadi ia dianggarkan bernilai sekitar 500 juta dong (RM89,400).

BACA >>> Honda CB1000R Edisi Terhad Lancar di Itali, 350 Unit Saja Seluruh Dunia

Honda CB1000R nampak menarik dengan kombinasi warna putih-hijau-merah, iaitu warna tradisi HRC (Honda Racing Corporation) selain beberapa tambahan perincian aluminium. Sama seperti versi standard, CB100oR Plus Limited Edition (2019) memiliki gaya klasik lampu utama LED, reflektor dua tingkat, dan lampu posisi bulat keliling lampu utama.

Perbezaan dengan versi biasa, CB100oR Plus Limited Edition (2019) tampil dengan pelana solo dengan tambahan penutup kowl belakang. Paip ekzos SC-Project eksklusif menjadi kemas kini terbaharu model ini.

CB100oR Plus Limited Edition (2019) menggabungkan ciri klasik cafe racer dan gaya moden pada panel meter LCD, manakala berat badan ialah 211kg. Kapasiti tangki mampu mengisi 16.2 liter petrol dengan saiz maskular untuk memberikan lebih dakapan peha. Di atas tangki minyak tertera nombor siri naked bike edisi terhad ini.

Madgad kecil menutup bahagian hujung tayar belakang. Nampak cukup bergaya, tetapi agak diragui juga keberkesanannya, terutama ketika hujan dan lebih kepada aspek kosmetik.

Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) SFF-BP di depan dan monoshock Pro-Link  di belakang dengan swingarm sebelah. Tayar menggunakan saiz 120/70-17 di depan, dan 190 / 55-17 di belakang.

CB1000R Plus Limited Edition (2019) masih mengekalkan enjin 4-silinder 998cc DOHC berkuasa 143.5hp @ 10,500 rpm dan tork 104Nm @ 8.250 rpm dengan transmisi klac basah 6-kelajuan yang disertakan bersama klac anti-gelincir (A&S).

Teknologi lagi dibekalkan ialah sistem Throttle by Wire dengan 3 mod tunggangan: Standard, Rain dan Sport, brek enjin, kawalan traksi Honda Selectable Torque Control (HSTC), brek ABS 2 saluran, brek boleh laras 6-kelajuan dan kunci dengan ciri Sistem Sekuriti Pencucuhan Honda (HISS).

BACA >>> Honda CBR650R dan CB650R Kini di Malaysia, Harga Bermula RM43k

Daripada 350 unit yang dihasilkan, lebih 200 unit dikhaskan untuk pasaran Itali dan 85 untuk pasaran Jerman, manakala pasaran Vietnam dihadkan kepada 20 unit sahaja. Malaysia pula bagaimana?

GALERI
Auto Terkini Honda Honda CB1000R Honda CB1000R Plus Limited Edition (2019) naked bike roda2 sportbike
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 450 Rally Replica 2027: Jentera Ala Juara Dakar Kini Ke Garaj Peminat!

    29/04/2026
    Auto Terkini

    Jamal Zaman Kaus Menang Perodua Alza 1.5H Dalam Kempen ‘Belanja dan Menang’ PLUS

    28/04/2026
    Roda2

    Royal Alloy Gran Turismo Debut Di Malaysia – Skuter Retro Moden Dari RM9.8k

    27/04/2026
    Roda2

    TPM Rasmi Route 77 Harley-Davidson KL Dengan Barisan Touring, Cruiser 2026

    28/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Helmet YOHE lancar di Malaysia
    Aksesori

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    By Syafie21/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Jetour T2 RHD
    Auto Terkini

    Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

    By Syafie17/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.