Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Penjenayah Ambil Masa Kurang 5 Saat Curi Motosikal di Indonesia
Auto Terkini

Penjenayah Ambil Masa Kurang 5 Saat Curi Motosikal di Indonesia

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/08/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENJENAYAH di Indonesia cuma memerlukan masa kurang 5 saat untuk mencuri sebuah motosikal, kata Ketua Polis Sektor Tambora, Putra Pratama.

Menurutnya, langkah menangani insiden kecurian motosikal adalah melibatkan semua peringkat dari pengeluar hingga pengguna akhir.

Jenayah kecurian motosikal bukan hanya kerana pencuri ada niat, tetapi juga disebabkan wujud peluang dan situasi yang menyokong insiden berkenaan untuk berlaku.

Jadi, paling penting, usaha-usaha untuk menghalang kecurian berlaku perlu dilakukan dari peringkat huluran iaitu motosikal dihasilkan (pengeluar asal).

“Dari pihak huluran (upstream), mereka perlu menggalas tanggungjawab mencegah pengguna awam menjadi mangsa jenayah kecurian. Upstream ialah pengeluar motosikal. Mereka perlu menambah baik ciri keselamatan motosikal keluaran masing-masing yang dijual kepada orang ramai,” kata Putra.

Putra menegaskan setiap kelemahan  ditemui kumpulan penjenayah bermaksud pengeluar motosikal, termasuk pemilik sesuatu jenama perlu terus melakukan penambahbaikan.

Berdasarkan beberapa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan kejadian curi banyak dilaporkan di media sosial dan berlaku di hampir semua wilayah Indonesia.

“Daripada rakaman ini, memang jelas dilihat penjenayah mudah mencuri motosikal (atau skuter) dalam beberapa saat. Buat masa ini, masa diperlukan penjahat untuk mencuri motosikal semakin pantas, kurang 5 saat.”

Baru-baru ini, Polis Tambora menangkap anggota geng curi motosikal menerusi penahanan sebuah trak yang membawa kepada penemuan 18 skuter curi.

Ciri keselamatan motosikal dengan pengatup lubang kunci sebenarnya tak guna. Sebabnya, ia sangat mudah dibuka dengan menggunakan alatan magnet biasa yang dijual bebas.”

Antara model skuter diminati kumpulan pencuri di Indonesia ialah Honda BeAT, Vario dan Scoopy selain produk Yamaha seperti Mio dan NMAX.

Ketika menjawab soalan mengapa model tersebut digemari pencuri, Putra berkata;

Mengapa motosikal (skuter) jenis ini? Selain fakta model ini paling banyak digunakan orang ramai, punca lain ialah kenderaan seperti ini memiliki ciri atau sistem keselamatan paling lemah.”

SUMBER: Kompas

Auto Terkini Curi skuter Honda jenayah curi motosikal Yamaha
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    BMW M3 Touring Competition M xDrive 2026
    Roda4

    Wagon M Pertama, BMW M3 Touring Competition M xDrive 2026 Tiba di Malaysia, Harga RM898,800

    24/07/2026
    Roda4

    BMW M2 CS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

    23/07/2026
    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Roda4

    BMW 218 Gran Coupe M Sport CKD Rasmi Lancar di Malaysia, 50 Unit Sahaja, Harga Mula RM192,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.