Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pengaruh Rakan Sebaya, Diri Sendiri Punca Gejala Rempit
Auto Terkini

Pengaruh Rakan Sebaya, Diri Sendiri Punca Gejala Rempit

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju08/08/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


GEJALA penunggang  motosikal, terutama golongan remaja yang terlibat dalam aktiviti lumba haram bukan fenomena asing di Malaysia kerana sudah wujud puluhan tahun lalu. Namun, apa sebenarnya faktor utama yang mendorong seseorang individu itu terjebak dalam aktiviti lumba haram?

Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Deputi Superitendan Dr Mohd Roslan Mohd Tahir berkata, ada dua sebab seseorang individu itu terjebak dalam aktiviti berkenaan, iaitu:

  • Pengaruh rakan sebaya
  • Kerelaan diri sendiri

BACA >>> Rempit Ketika Terawih, Tiga Remaja Sekolah Maut, Seorang Parah Motor Bergesel
BACA >>> Mat Rempit Layan Corner Jalan Genting Macam di Trek Buat Netizen Geram
BACA >>> Mat Rempit: “Saya Buat Macam Ni Sebab Style”

Dua punca itu diperoleh daripada hasil kajian yang dilakukan polis selama tiga tahun mengenai punca seseorang itu terbabit dalam aktiviti lumba haram.

BUTIRAN KAJIAN

  • Kajian dibuat berdasarkan temu bual membabitkan 300 mat rempit tegar yang berusia 16-27 tahun.
  • Melibatkan lima kawasan: Johor Bahru, Seri Alam, Kulai, Skudai dan Iskandar Puteri.

Dr Mohd Roslan berkata;

Selama ini masing-masing menunding jari, mencari kesalahan (punca masalah mat rempit), ada menyalahkan Kerajaan, keluarga dan masyarakat.

“Hasil kajian melibatkan koresponden mat rempit tegar yang ditemu bual secara personal. Ia bukan salah Kerajaan, penguat kuasa atau keluarga kerana (hasil kajian dilakukan) mendapati ia salah diri sendiri dan paling penting penemuan saya, 90 peratus adalah pengaruh rakan sebaya.”

Beliau berkata sedemikian dalam sidang media selepas majlis pelancaran buku ‘Rempit Barah Dalam Masyarakat – Salah Siapa?’ di Johor, Sabtu lalu.

BAGAIMANA TANGANI GEJALA MAT REMPIT?

Beliau berkata lagi, masalah mat rempit boleh diatasi jika Kerajaan menerusi badan tertentu mengadakan program berterusan seperti kempen kesedaran. Menurutnya;

Antara penyelesaian kita dapat buat mungkin pihak berkuasa boleh mengadakan program untuk pemuda melalui kempen kesedaran. Ibu bapa juga perlu main peranan untuk memberikan nasihat.”

BUKU KAJIAN MAT REMPIT

Hasil kajian tersebut dimuatkan dalam Buku ‘Rempit Barah Dalam Masyarakat – Salah Siapa?’ yang dijual pada harga RM30 senaskah. Dr Mohd Roslan berkata;

Mungkin buku ini tidak dibaca mereka yang terjebak mat rempit, mungkin kawan-kawan mereka, jadi saya harap ia boleh memberi kesedaran dorongan, sekali gus mereka dapat tahu apa impaknya kepada diri sendiri.”

BACA >>> Bergembira Keluar KL Sebab Nak Makan di Seremban, 15 Mat Rempit Kena Tahan
BACA >>> #Videotomotif: Baru 16 Tahun Sudah Jadi Joki Drag Pro, dan Masih Merempit Jalanan
BACA >>> Pakistan Lancar Kempen Katakan Tidak untuk Mat Rempit Wheelie!

SUMBER: Bernama | Sinar Harian

Auto Terkini Dr. Mohd. Roslan Mohd. Tahir Punca Gejala Rempit Punca Rempit Rempit Barah Dalam Masyarakat - Salah Siapa?
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    By Abang Hirata23/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.