Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pengambilalihan Tanah Projek ECRL Siap 93 Peratus
Auto Terkini

Pengambilalihan Tanah Projek ECRL Siap 93 Peratus

Han OthmanBy Han Othman18/09/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROSES mengambil tanah bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665km kini sudah siap 93 peratus, kata Pengurus Besar Unit Perniagaan Kereta Api China Harbour Engineering Company Ltd (CHEC), Zhang Wenfeng.

Beliau berkata, syarikat itu masih menunggu proses pengambilan tanah di Seksyen C projek berkenaan yang melibatkan kawasan Selangor dan mewakili 7 peratus jajaran rel.

7 peratus (belum siap) bukan jumlah yang besar, tetapi jika berlaku kelewatan (pengambilan tanah), ia mungkin boleh menjejaskan tempoh penyiapan, tetapi jika tiada masalah, kami amat yakin pembinaan dapat berjalan lancar, dan projek boleh disiapkan tepat pada waktu yang disasarkan.

“Sekarang ini kita dapati pengambilan tanah di Selangor sedikit tertangguh. Jadi saya harap kerajaan (Malaysia) mendapat sokongan ramai untuk menyiapkan projek ini, dan dapat menyelesaikan isu pengambilan tanah lebih awal, kerana ia boleh menjejaskan penyiapan keseluruhan projek,” katanya kepada wartawan Malaysian dalam temu bual khas baru-baru ini.

CHEC, yang juga subsidiari China Communications Construction Company Ltd (CCCC), ialah syarikat kontraktor pembinaan yang mengetuai projek ECRL.

Zhang berkata, pembinaan keseluruhan projek itu sudah mencapai kemajuan 50.29 peratus sehingga pertengahan Ogos lalu dan dilihat berada di landasan betul untuk disiapkan menjelang akhir 2027.

Projek dibahagikan kepada tiga bahagian yang terdiri daripada bahagian A, B dan C. Kami sudah menyiapkan kebanyakan kerja awam di bahagian A dan B, secara kasar projek ini sudah separuh siap,” katanya.

Beliau berkata projek itu dijangka menyediakan hingga 18,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan sepanjang tempoh pembinaan.

Menurutnya, selain itu pelaksanaan projek berkenaan juga akan menyaksikan lebih 5,000 juruteknik dilatih dalam aspek pembinaan dan operasi kereta api.

Zhang berkata, mereka juga sudah melaksanakan perlindungan alam sekitar seperti mengubah rekabentuk penjajaran, selain menggunakan peralatan TBM (Mesin Pengorek Terowong) tercanggih untuk menggantikan kaedah pengorekan tradisional seperti letupan dan penggalian untuk pembinaan terowong, bagi meminimumkan kesan projek terhadap alam sekitar.

Beliau berkata, projek itu boleh merangsang pembangunan ekonomi, dan sangat penting bagi meningkatkan jalinan ketersambungan antara negeri di Pantai Timur dan negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Menurutnya lagi, projek itu adalah bahagian penting Inisiatif Jalur dan Jalan China (BRI) di Malaysia yang dapat mengukuhkan lagi hubungan dua hala kedua-dua negara.

ECRL ialah projek infrastruktur kereta api yang dibangunkan untuk meningkatkan ketersambungan antara negeri di Pantai Timur (Kelantan, Terengganu, dan Pahang) dan negeri Pantai Barat (Negeri Sembilan, Selangor, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya).

SUMBER: Bernama

Auto Terkini China Communications Construction Company Ltd (CCCC) ECRL Inisiatif Jalur dan Jalan China (BRI) Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Zhang Wenfeng
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Audi Nuvolari Kereta Super Hibrid Pertama Audi, 1,001 PS Lebih 349km/j

05/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

05/06/2026
Suspek nahas Simpang Renggam didakwa bawah Seksyen 302
Auto Terkini

Nahas Simpang Renggam: Suspek Direman Empat Hari Lagi, Kes Disiasat Bawah Seksyen 302

05/06/2026
BYD Atto 3 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

BYD Atto 3 2026 Lancar di Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM125,800

05/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata04/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

By Abang Hirata05/06/2026
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie04/06/2026
Aksesori

#MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

By Syafie30/05/2026
Aksesori

#MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

By Syafie29/05/2026
Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
Roda2

#MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

By Syafie03/06/2026
Auto Terkini

XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

By Syafie04/06/2026
Aksesori

#MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

By Shazwan Hisam04/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.