Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»Peminat Fanatik Knight Rider Ini Hasilkan K.I.T.T. Paling Sempurna
Bikin Auto

Peminat Fanatik Knight Rider Ini Hasilkan K.I.T.T. Paling Sempurna

Han OthmanBy Han Othman13/01/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEORANG pemuda dari Ohio, Amerika Syarikat, Chris Blasius nekad membina semula model  K.I.T.T., iaitu nama karakter kereta popular dalam drama siri 80-an, Knight Rider yang boleh bercakap.

Walaupun model asal, Pontiac Trans Am yang disuarakan aktor William Daniels mengalami banyak evolusi sepanjang siri TV itu ke udara, tetapi Blasius memilih menumpukan pembangunan kereta replika itu mengikut jentera awal yang muncul pada musim pertama, 1982.

Apa lagi kalau tidak lain dan tidak bukan, model bumbung keras (hardtop), Pontiac Trans Am (1982) dengan enjin 5.0L V8 berkuasa 165hp bersama teknologi suntikan bahan api Cross-Fire buatan General Motors (GM).

Menurut Blasius, dia perlu menggantikan bumbung asal (1982) dengan bumbung model 1987 kerana kebanyakan model tahun asal mengalami masalah karat dan bocor di bumbung dan lantai. Bagi mengekalkan keaslian, dia turut membaik pulih model asal itu menggunakan alat ganti lama yang baru (New Old Stock – NOS) daripada model-model 1982. Ini termasuk menggunakan tayar jenis Goodyear Eagle GT yang sama jenis.

ACUAN SEMULA

Kemudian, Blasius mendapati gaya hidung  K.I.T.T. tidak cukup tepat. Jadi, bahagian depan kereta dipotong dan dibentuk semula menjadi satu plag daripada hidung baharu yang baru dibentuk. Rakannya, Billy Gunter pula diminta menghasilkan paparan pemuka, konsol tengah dan roda stereng. Bagusnya, Gunter terlebih dahulu menghubungi Michael Scheffe, yang sememangnya pereka K.I.T.T. untuk penerbit siri itu, Glen A Larson. Semua itu dilakukan demi mendapatkan ketepatan replika yang bakal dihasilkan mereka.

Rekabentuk papan pemuka itu sendiri memerlukan Gunter menghabiskan masa selama 8 bulan setengah untuk membentuk acuan, dan beberapa minggu lagi untuk menghasilkannya. Menurut Blasius, bacaan kelajuan enjin, kelajuan jalan raya, tekanan minyak dan tahap minyak dapat dipaparkan seperti mana kereta dalam drama siri berkenaan.

Kereta itu juga boleh menuturkan 20 frasa daripada drama itu menerusi pelbagai butang yang ada dalam kokpit. Setiap frasa itu  pula boleh dikemas kini dengan memuat naik maklumat baharu daripada kad memori SD. Pembesar suara luaran yang bersambung dengan amplifer 600 watt dapat memainkan turbin unik K.I.T.T. apabila kereta sedang bergerak. Bateri AGM yang dipasang pada but berupaya menguruskan segala tugasan elektronik selama lebih 8 jam walaupun enjin dimatikan. Cukup hebat!

Hasilnya, replika dihasilkan Blasius ini layak dianggap antara model K.I.T.T. paling sempurna pernah dibikin. Lebih menarik, segala proses pembikinan K.I.T.T. dikongsikan peminat tegar Knight Rider itu dalam saluran YouTube miliknya, SINI.

GALERI

autotainment Bikin Kereta Chris Blasius K.I.T.T. Knight Rider Pontiac Pontiac Trans Am Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

BYD Dolphin Cargo e-Van Di UK, EV Kompak Jadi Kenderaan Komersial!

29/05/2026
Auto Terkini

Ferrari Luce: 4 Motor Elektrik, 1,050 ps, Jarak 530 km dan Kelajuan 310 km/j

26/05/2026
John Cena beli Honda Prelude
Auto Terkini

John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

25/05/2026
Chery Tiggo 9
Roda4

Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM189,000

22/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie29/05/2026
Aksesori

#MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

By Syafie29/05/2026
Roda2

#MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

By Syafie29/05/2026
HEV

Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

By Syafie20/05/2026
John Cena beli Honda Prelude
Auto Terkini

John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

By Shazwan Hisam25/05/2026
Roda2

BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

By Abang Hirata25/05/2026
Aksesori

#MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

By Syafie30/05/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.