Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pembeli ke 18,000, Wai Cheng Jual Accord Lama, Pilih Myvi 1.5L AV
Auto Terkini

Pembeli ke 18,000, Wai Cheng Jual Accord Lama, Pilih Myvi 1.5L AV

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/02/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SEBENTAR tadi Perodua menyerahkan model Myvi 1.5L AV kepada Wong Wai Cheng, 25, dari Negeri Sembilan yang merupakan pemilik ke 18,000 model hatchback baharu keluaran pengeluar nasional itu. Wai Cheng menempah Myvi warna merah (Lava Red) pada November lalu, dan perlu menunggu tiga bulan sebelum memiliki kereta idaman tersebut.

Menariknya, Wai Cheng menukar beli (trade-in) keretanya, Honda Accord (2004) untuk memiliki model pertamanya daripada jenama Perodua. Menurutnya, dia sudah mengetahui ketibaan Myvi baharu sejak November tahun lalu, dan langsung menempah model tersebut.

“Saya tak buat survei model lain pun untuk ganti kereta lama. Rekabentuk Myvi ini paling saya suka.

“Saya suka kerusi kulit, kamera undur, pembaca kad tol dan 6-beg udara,” katanya sambil mengakui turut dipengaruhi teman wanitanya yang sukakan Myvi baharu.

Myvi Lava Red dan varian 1.5 AV ialah model paling mendapat sambutan hingga menyebabkan tempoh menunggu varian warna itu perlu mengambil masa 2-3 bulan. Bagaimanapun, pelanggan yang membeli varian 1.3L dan 1.5L H tidak perlu menunggu lama. Penghantaran boleh dibuat dalam tempoh dua minggu.

BACA >>> Raja Jalanan Kembali Gegar! Perodua Myvi (2018) Dilancarkan! [7 Fakta Ekspres + Foto Rasmi]

PERMINTAAN DI LUAR JANGKAAN

perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh berkata, momentum tempahan dijangka berlanjutan hingga perayaan Hari Raya Aidilfitri, dan tempoh menunggu masih dalam tempoh 2-3 bulan.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Bantuan Keselamatan Termaju (ASA) pada Perodua Myvi (2018)?

“Buat masa ini pekerja pengeluaran perlu bekerja lebih masa (OT), termasuk Sabtu secara diselang seli untuk memenuhi permintaan pelanggan.

“Dengan perancangan produk, diharapkan dalam tempoh 2-3 bulan lagi situasi akan kembali stabil dan pembeli tidak perlu menunggu terlalu lama,” katanya.

Perodua mendakwa menerima tempahan Myvi serba baharu melebihi 48,000 unit sejak dilancarkan, dan setakat ini sudah 20,000 unit sudah dihantar kepada pelanggan. Aminar turut memohon maaf kepada pelanggan yang masih belum menerima kereta mereka dan akan berusaha mempercepatkan proses pengeluaran hingga permintaan stabil.Wong Wai Cheng

Auto Terkini Datuk Aminar Rashid Salleh harga perodua myvi baru Myvi baru Perodua Perodua Myvi (2018) Roda4 tempahan perodua myvi baharu Wong Wai Chen
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026

    1 Comment

    1. Amran on 06/02/2018 15:35

      Pemilik accord beli myvi, pemilik proton saga/persona/iriz beli myvi, pemilik vios pun tukar myvi, pemilik kancil tukar myvi, pemilik polo pun tukar myvi.. tahniah myvi! Ikon sebenar rakyat malaysia!

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.