Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pembeli Geely Boyue di China Perlu Tunggu Sampai 6 Bulan!
Auto Terkini

Pembeli Geely Boyue di China Perlu Tunggu Sampai 6 Bulan!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/04/20183 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGURUS Besar dan Ketua Pengedar Shanghai Jinxi Automobile, iaitu pusat servis dan jualan Geely, Xu Zhi Ming berkata, Geely Boyue mendapat sambutan cukup menggalakkan di China dengan jualan 30,000 unit sebulan, bersamaan keuntungan setengah tahun Proton. Namun, tentulah angka itu tidak boleh disamakankerana saiz pasaran China terlalu besar.

Apapun, diharapkan kehadiran kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Proton itu dapat melonjakkan rekod jualan setahun pengeluar nasional tersebut.  Malah, di China sendiri, pelanggan di sana terpaksa menunggu tempahan hingga enam bulan untuk mendapatkan kereta idaman mereka.

BACA >>> Majlis Pratonton ‘Proton Boyue’ di Shah Alam Kecoh, Ramai Tak Puas Hati!

“Boyue diterima baik dan mendahului SUV lain dalam segmen sama dan menjadi antara jenama paling berkembang pesat di China. Harapnya rakyat Malaysia dapat merasai keseronokan dan pengalaman sama seperti pengguna negara ini.

“Anda perlu yakin kerana pembangunan Boyue ialah hasil kerjasama dengan Volvo yang boleh dilihat dari segi rekabentuk bergaya, menerima penarafan 5-bintang China NCAP dan memenuhi piawaian tinggi sebagai contoh SUV versi dipertingkat yang akan menggunakan enjin Euro-6, menggantikan enjin Euro-5 sedia ada,” katanya lagi.

Sejak menandatangani perjanjian dengan rakan strategik baharu, Geely tahun lalu, kecoh di media sosial tentang Proton yang bakal kehilangan jati diri, dan manfaat kepada industri tempatan.

Semestinya transformasi yang mahu dilakukan tidak dapat dilangsaikan dalam tempoh setahun. Geely sendiri mengatur pelan jangka panjang dalam usaha memulihkan reputasi jenama dan kewangan Proton. Antara usaha dijalankan boleh dilihat menerusi pelaksanaan naik taraf pusat servis Proton kepada premis 3S dan 4S.

BACA >>> Pusat Servis 3S dan 4S Capai Kuota 61 Peratus, Proton Siap Sedia Lancar SUV Baharu

Geely juga cuba meyakinkan wakil pengedar Proton dengan menerbangkan mereka ke Beijing untuk melihat sendiri Institut Penyelidikan Geely (GRI) dan pusat pameran pengeluar itu.

Lawatan ke Shanghai Jinxi Automobile turut memberi peluang kepada wakil pengedar Proton melihat gambaran masa depan pusat jualan Proton di Malaysia selain mengetahui lebih mendalam tentang model kenderaan utiliti sukan (SUV) Geely Boyue di China.

GALERI
Geely Boyue Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Lawatan Proton Ke China Proton Pusat Jualan Proton Shanghai Jinxi Automobile SUV SUV Proton Xu Zhi Ming
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    rider-p-hailing-bg
    Auto Terkini

    BUDI95 untuk Rider P-Hailing Naik? PMX Cadang Tambah kepada 250 Liter Sebulan

    18/05/2026
    Roda4

    BRABUS Bodo Rasmi Diperkenal Secara Global, Hanya Ada 77 Unit Seluruh Dunia!

    18/05/2026
    Auto Terkini

    Dua Jet Pejuang Bertembung Di Idaho, Semua Kru Terselamat

    18/05/2026
    Mercedes Autohaus Kuantan
    Auto Terkini

    Pusat 4S Mercedes-Benz Terbesar di Pantai Timur, Asbenz Stern Autohaus Lancar di Kuantan

    18/05/2026

    3 Comments

    1. Man on 21/04/2018 22:51

      Ya. Harap proton dpt jual boyue sebanyak 100,000 unit dgb baki masa yg ada tahun ni..

      Reply
      • Alson P on 22/04/2018 14:27

        Boyue belum masuk pasaran Asia tenggara.. Mudah saja capai sasaran 100k setahun kerana pasaran Asia tenggara seluas 600juta penduduk.. Contoh China dengan 1.4 billion penduduk boleh jual 286k boyue setahun

        Reply
        • Samsam on 22/04/2018 15:46

          Harap semua org trade in myvi, vioa city almera beli boyue ni.. mudah dpt 100k jual tahun ni..

          Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.